Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan;

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nombor nukleonnucleon numberJumlah bilangan proton dan bilangan neutron di dalam nukleus atom.Menengah Atas
aneuploidianeuploidyKeadaan apabila bilangan kromosom kurang atau lebih daripada gandaan tepat bilangan haploid.Menengah Atas
isotopisotopeAtom suatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.Menengah Atas
kemolaranmolarityBilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air.Menengah Atas
kadar pertumbuhangrowth rateKadar atau kepantasan peningkatan bilangan atau saiz sel dalam organisma atau peningkatan bilangan organisma dalam populasi.Menengah Atas
molmoleSuatu unit asas SI bagi menyukat kuantiti bahan. Satu mol bahan mengandungi bilangan zarah yang sama banyak dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12, iaitu 6.02 x 1023 zarah.Menengah Atas
kepadatandensityBilangan individu purata sesuatu spesies per unit luas kawasan.Menengah Atas
frekuensifrequencyBilangan ayunan lengkap yang dilakukan oleh suatu jasad yang bergetar dalam satu saat.Menengah Atas
mutasimutationPerubahan bilangan atau struktur bahan genetik yang berlaku secara spontan dan rawak.Menengah Atas
kepadatan populasipopulation densityBilangan spesies haiwan atau tumbuhan yang terdapat dalam sesuatu kawasan.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas