Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n jutawan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata billionaire


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya menghadapi masalah menterjemah perkataan millionaire dan billionaire ke dalam bahasa Malaysia, terutamanya apabila kedua-duanya hadir dalam ayat yang sama. Setahu saya, kedua-duanya mempunyai padanan jutawan dalam BM. Apakah cadangan DBP untuk membezakan dua perkataan ini, millionaire & billionaire?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terjemahan bagi millionaire dan billionaire ialah jutawan. Merujuk kepada maksud jutawan ialah orang yang mempunyai wang (harta benda) yang jumlahnya (nilainya) berjuta-juta ringgit.
Makna14.09.2021
Jika millionaire dipanggil jutawan dalam bahasa Melayu apa pula panggilan yang tepat bagi billionaire?Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, billionaire juga diberi padanan sebagai jutawan dalam bahasa Melayu.Istilah02.03.2009
Assalamualaikum. Perkataan bilionair ada dalam Kamus Dewan ke-4. Tetapi apabila saya buat carian Billionaire saya mendapat jawapan Jutawan sama seperti untuk Millionaire. Adakah kata bilionair (Kamus Dewan ke-4) boleh digunakan sebagai terjemahan untuk Billionaire?Ya. Kata bilionair boleh digunakan dengan maksud orang yang memiliki harta atau wang yang bernilai sekurang-kurangnya satu bilion unit kewangan negaranya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 293).Makna24.10.2023

Kembali ke atas