Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bing] | بيمبيڠ

Definisi : ; berbimbing; ~ tangan berpegang (tangan), berpimpin, berpandu: ~ tanganlah ia dgn gadis itu; berbimbingan, berbimbing-bimbingan; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama; membimbing 1. memegang tangan dan memandu, memimpin: ia segera keluar ~ anaknya yg rupa-rupanya sakit; 2. ki memberi petunjuk (huraian dll), memimpin: keperluan besar utk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak; agama Islam ~ manusia ke jalan yg benar; bimbingan perbuatan membimbing (memberi petunjuk, huraian, dll), pimpinan: mereka belajar muzik di bawah ~ seorang guru muzik yg terkenal; pembimbing orang yg membimbing, pemandu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bing] | بيمبيڠ

Definisi : ; berbimbing ada yg memimpin; berpegang tangan; berpimpin: Seorang ibu tua telah datang ~ ke pusat pembuangan undi. berbimbingan 1 saling berpegang tangan; bergandingan. 2 bekerjasama; bantu-membantu. membimbing 1 memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2 ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. bimbingan 1 kata pendahuluan; kata pengantar. 2 petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. pembimbing 1 orang yg membimbing; penuntun. 2 sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera tuan / puan. Tolong bimbing saya untuk mengenal pasti sama ada ayat-ayat berikut benar atau salah: 1. Ramli memulangkan buku itu kepada kawannya. atau 1. Ramli memulangkan buku itu kepada kawan dia. 2. Guru-guru dan murid makan di situ. atau 2. Guru-guru dan murid-murid makan di situ. 3. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. atau 3. Kucing itu sakit. Kucing itu dibawa ke klinik haiwan. Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Ramli memulangkan buku itu kepada kawannya.
2. Guru-guru dan murid-murid makan di situ.
3. Kucing itu sakit. Kucing itu dibawa ke klinik haiwan.
Tatabahasa29.09.2015
Selamat sejahtera tuan / puan, Tolong bimbing saya untuk mengenal pasti sama ada ayat-ayat berikut benar atau salah: 1. Membaca buku dia di bawah pokok yang rendang. 2. Aidil teringat oleh kekasihnya. 3. Sumbangan itu akan kerajaan serahkan kepada mangsa banjir. 4. Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu mendatangkan banyak manfaat. 5. Dia menyedari yang nasibnya terancam. 6. Ayah membelikannya sebuah basikal. 7. Abang memberikan ayah wang. Adakah kata ganti diri ketiga "ia" boleh digunakan untuk merujuk benda? Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

1. Membaca buku dia di bawah pokok yang rendang. = Dia membaca buku di bawah pohon yang rendang
2. Aidil teringat oleh kekasihnya. = Aidil teringat akan kekasihnya.
3. Sumbangan itu akan kerajaan serahkan kepada mangsa banjir. = Kerajaan akan menyerahkan sumbangan itu kepada mangsa banjir.
4. Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu mendatangkan banyak manfaat. = Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu akan mendatangkan banyak manfaat.
5. Dia menyedari yang nasibnya terancam. =  Ayat ini betul.
6. Ayah membelikannya sebuah basikal. = Ayat ini betul.
7. Abang memberikan ayah wang. = Abang memberikan wang kepada ayah.
Adakah kata ganti diri ketiga "ia" boleh digunakan untuk merujuk benda? = Ia boleh digunakan untuk merujuk benda.
Tatabahasa24.09.2015
Selamat sejahtera tuan / puan, Tolong bimbing saya untuk mengenal pasti sama ada ayat-ayat berikut benar atau salah. 1. Tuliskan saya sepucuk surat. 2. Antara yang berikut, yang manakah benar? 3. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. 4. Kami dilindungi. 5. Anita saya kirimi sepucuk surat. 6. Bas yang mereka naiki itu rosak. Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

1. Tuliskan saya sepucuk surat. - Ayat ini betul
2. Antara yang berikut, yang manakah benar? - Ayat ini betul
3. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. - Ayat ini betul
4. Kami dilindungi. - Ayat ini tergantung.   
5. Anita saya kirimi sepucuk surat - Ayat yang betul ialah Saya mengirim sepucuk surat kepada Anita.
6. Bas yang mereka naiki itu rosak. - Ayat ini betul
Tatabahasa21.09.2015
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah wujud perkataan "bimbingkan" di dalam bahasa Melayu? Harap pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

bimbing + kan (bimbingkan) boleh digunakan dalam ayat suruhan. 

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa30.09.2020
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP.Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna.Lain-lain10.05.2013

Kembali ke atas