Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bi.ngan] | بيمبيڠن

Definisi : perbuatan membimbing (memberi petunjuk, huraian, dll), pimpinan: mereka belajar muzik di bawah ~ seorang guru muzik yg terkenal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bi.ngan] | بيمبيڠن

Definisi : 1 kata pendahuluan; kata pengantar. 2 petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbingan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK

Taman bimbingan kanak-kanak ialah

sekolah yang khusus bagi kanak-kanak yang

berumur tiga atau empat tahun. Kanak-kanak ini

belajar melalui pelbagai permainan dan aktiviti

yang diselia oleh guru-guru yang dilatih khas.

Taman bimbingan kanak-kanak, juga dipanggil

prasekolah, membantu kanak-kanak membina

kemahiran intelektual dan fizikal serta belajar

menyesuaikan diri sebagai ahli sesuatu kumpulan.

Sekolah ini juga mengajar aspek penjagaan

kesihatan yang baik dan amalan keselamatan serta

menggalakkan mereka berdikari.

UMUM 
PERANTIS

Perantis ialah seseorang yang mempelajari

sesuatu kemahiran dengan bekerja di bawah

bimbingan seorang yang pandai dan mahir.

Perantis bekerja dalam sektor pembinaan, kerja

logam, percetakan, dan kemahiran-kemahiran lain.

Ramai majikan dan kesatuan secara bersama

menyediakan program perantisan. Kebanyakan

perantis menerima gaji dan bekerja mengikut

waktu tetap. Mereka yang telah tamat perantisan

menjadi pekerja terlatih (pekerja mahir).

UMUM 
MENTOR

Mentor ialah seorang sahabat yang lebih tua,

dan penasihat kepada Odysseus, hero kepada

epik Yunani purba, Odyssey. Sebelum Odysseus

(Ulysses dalam bahasa Latin) pergi bertempur

dalam Perang Trojan, dia melantik Mentor

sebagai penjaga anak lelakinya, Telemachus.

Dengan bimbingan Mentor, dewa Athena telah

menolong Telemachus mencari Odysseus. Hari

ini, perkataan mentor bererti seorang kaunselor

yang baik dan boleh dipercayai.

UMUM 
KEJURURAWATAN

Kejururawatan ialah suatu profesion yang

memberi tumpuan terdapat penjagaan orang sakit

dan juga pencegahan penyakit. Kebanyakan

jururawat bekerja di hospital. Ada juga jururawat

menjaga pesakit di kediaman pesakit sendiri.

Banyak jururawat yang lain pula membantu doktor

di klinik pergigian dan perubatan, di sekolah, di

taman bimbingan kanak-kanak, di kedai dan kilang,

dalam pasukan angkatan tentera, dan di dalam

kapal, kereta api, dan kapal terbang. Jururawat

dengan latihan khas boleh juga mengajar di

sekolah kejururawatan, iaitu melatih lelaki dan

perempuan untuk menjadi jururawat.

UMUM 
TILMISANIY, AL-SYARIF AL-

Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310–

1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab

Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu

akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia

dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga

ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan

serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh

Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain

daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al-

Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi.

UMUM 
SICKERT, WALTER RICHARD

Sickert, Walter Richard (1860–1942), pelukis Jerman

yang mempunyai kemahiran teknikal dan

stail yang penuh imaginasi sehingga

mempengaruhi lukisan di United Kingdom. Dia

ialah ketua New English Art Club, tetapi kemudian

berpecah untuk membentuk Camden Town Group.

Sickert lahir di Munich dan belajar di Slade School

London, di bawah bimbingan James Whistler. Dia

dipilih memasuki Royal Academy pada tahun 1934.

Lihat juga Whistler, James Abbott McNeill.

UMUM 
SYAIR NASIHAT

SYAIR NASIHAT, syair berunsur keagamaan yang mengandungi pengajaran berupa nasihat. Syair ini bertujuan menyampaikan pengajaran, bimbingan dan peringatan kepada anggota masyarakat yang tidak hanya terbatas kepada persoalan keagamaan sahaja.

SASTERAKonsep
MADRASAH AL-MASHOR AL-ISLAMIYAH

MADRASAH AL-MASHOR AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Madrasah ini bermula dengan sekolah al-Qur’an yang ditubuhkan pada 1916, di Acheen Street, Pulau Pinang. Kemudian madrasah ini dipindahkan ke Kampung Jawa Lama, di bawah bimbingan Ustaz Syed Abdul Rahman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SAADIAH

SAADIAH (1936 -       ), pelakon dan pengarah filem.  Dia lahir pada 10 Ogos 1936.  Nama penuhnya ialah Saadiah binti Baharom.  Dia mendapat bimbingan berlakon daripada P. Ramlee.

BUDAYATokoh
IDRIS SALAM

IDRIS SALAM (1920- ), pelukis. Dia lahir pada tahun 1920 di Kelang, Selangor Darul Ehsan. Dia mula menerima didikan seni lukis daripada gurunya, Mohd. Said dan Ahmad Abdullah ketika menuntut di Maktab Perguruan Tanjung Malim (1937-1940). Dia juga pernah mendapat bimbingan melukis warna air daripada Peter Haris, penyelia seni lukis di sekolah-sekolah Malaya (1955-1956). Kemudian, Idris berpeluang mengikuti kursus di Kolej Seni Lukis dan Kraftangan di United Kingdom (1957-1958).

BUDAYATokoh
12

Kembali ke atas