Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bin I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih.Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba.Ejaan11.06.2012
Assalamualaikum. Yang mana satu betul? 1. DR. AHMAD BIN ALBAB atau 2. Dr. AHMAD BIN ALBABEjaan yang betul: DR. AHMAD BIN ALBAB atau Dr. Ahmad bin Albab.Ejaan27.09.2017
Jika pengurusan tertinggi tiada gelaran, bagaimanakah cara penulisan yang betul dalam minit mesyuarat (kehadiran) atau poster perasmian majlis? a) YBrs. Tuan Ali bin Ahmad; b) YBrs. Encik Ali bin Ahmad; c) Tuan Ali bin Ahmad; atau d) Encik Ali bin Ahmad"Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. 

Oleh itu cadangan penggunaan yang sesuai ialah:
1. "YBrs. Encik Ali bin Ahmad" atau "YBrs. Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan dalam majlis
2. "Encik Ali bin Ahmad" atau "Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan untuk penulisan minit mesyuarat
Lain-lain28.12.2021
Tentukan kata berikut kata nama khas tunggal atau kata nama khas majmuk. 1) Ali Bin Abu 2) Tan Sri Ali Bin AbuUntuk makluman, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup).Tatabahasa04.04.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan Mohon bertanya lagi, 1) Ejaan 'bin @ binti' yang berada di antara nama kita dan bapa kita - adakah 'b' tu ditulis dengan huruf besar @ huruf kecil? 2) Ejaan yang betul bagi meperingatkan @ memperingatkan? Sekian, terima kasih.1. "b" dalam "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil.
2. Memperingatkan.
Ejaan30.04.2014
Joshua Soh 13:46 Buku teks sekolah rendah tahun 1 bm (SEMAKAN) dah ada ke belum?Tuan/puan, Untuk pentanyaan berkenaan buku teks, pihak tuan boleh menghubungi Bahagian Buku Sekolah. 03-21479150 17 Ruhizan bin Kusairi Ruhizan bin Kusairi Ruhizan bin Kusairi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (KUP) No. Telefon: - 03-21479562 - 03-21479564Lain-lain08.12.2016
Jika penama tiada pangkat Dato', yang manakah penyataan yang betul? 1. YB Ahmad bin Ali atau.... 2. YB En. Ahmad bin Ali

Frasa yang betul ialah YB Ahmad bin Ali. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang menteri itu mempunyai gelaran  (anugerah) Dato', Tan Sri, Dr. atau Haji, maka kata sapaan untuk menteri tersebut  ditulis atau dipanggil  seperti yang berikut:

 1. YB Dato' Seri atau YB Tan Sri

 2. YB Tuan Haji

 3. YB Dr.

Tatabahasa28.03.2009
Yang manakah yang betul? 1. Dengan ini perakukan bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. 2. Dengan ini perakui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. 3. Dengan ini dikaui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan.Jawapan yang tepat ialah:  Dengan ini diperakui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan.Tatabahasa10.09.2014
Assalamualaikum, Saya keliru dengan panggilan gelaran. Manakah yang betul bagi panggilan gelaran berikut? 1. Tuan Haji Dr. Ahmad bin Ali atau 2. Dr. Haji Ahmad bin Ali atau 3. Tuan Dr. Haji Ahamd bin Ali Harap mendapat penjelasan daripada Khdimat Bahasa kerana kekeliruan sering dihadapi di organisasi saya apabila melibatkan gelaran tersebut. Terim akasih.

Encik Rosli,

Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Bagi contoh yang diberikan ketiga-tiga bentuk digunakan.   

Lain-lain22.10.2010
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai penggunaan Ir. (Enginieur). yang manakan penggunaan yang betul bagi 2 ayat berikut: 1. IR. DR. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI 2. Ir. Dr. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI Mohon pencerahan daripada pihak tuanCadangan jawapan yang sesuai ialah:

a)  IR. DR. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI (sekiranya ditulis dengan huruf besar)
b)  Ir. Dr. Mohd. Syahmi bin Zaidi (sekiranya ditulis dengan huruf kecil)
Lain-lain28.07.2023
12345678910...

Kembali ke atas