Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.an] | بيناءن

Definisi : 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na.an] | بيناءن

Definisi : sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binaan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pandong, *pandung* Ibbinaan khas yang didirikan di tengah ruai, semasa diadakan upacara gawai. Binaan ini dikelilingi lemambang semasa menyanyikan mantera.Langau bukan langau mendebungakan bunga Jawa, Mengapa pandong pak cik Apai Sabit Bekait condong, Dikelilingi rombongan Laja, kata mereka mengap.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pagar api Ibsuatu binaan khas daripada ranting-ranting kayu kemali atau pelepah pisang di ruai rumah panjang yang dibuat untuk upacara belian.Oh, ini rupanya yang mereka suruh saya ubati, teruk betullah dia ini, kata hati kecil Manang Entayang melihat perkara yang pelik itu. Melihat itu dia pun mendirikan pagar api dan mulakan upacara belian.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
songkor MSrsejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang.Binaan yang diperbuat daripada pokok nibong ini digunakan oleh penduduk kampung untuk memasang ‘songkor’, sejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang, bahan utama untuk membuat belacan, salah satu produk yang paling sinonim dengan kampong Boko.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumbong, *lumbung* Ibpondok khas tempat meletakkan keranda orang kenamaan spt Rentap.Semasa hayat Benya dan kerana kegemilangan hidupnya dia telah meminta supaya mayatnya nanti tidak ditanam di dalam tanah. Sebaliknya ia hendaklah disimpan di dalam keranda dan diletakkan di dalam sebuah binaan yang dipanggil lumbong. Ini berbeza sedikit daripada yang biasa dilakukan kepada seseorang lelaki Iban yang mashyur.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas