Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.tang] | بيناتڠ

Definisi : makhluk bernyawa tetapi tidak berakal fikiran (spt lembu); haiwan. kebinatangan kelakuan spt kelakuan binatang; sifat-sifat binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binatang

Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara berikut ayat manakah yang betul? 1. Binatang-binatang ini binatang liar. 2. Binatang-binatang ini adalah/ialah binatang liarAyat yang betul:

1. Binatang-binatang ini binatang liar
2. Binatang-binatang ini ialah binatang liar
Tatabahasa07.12.2017
Bolehkah perkataan "ekshibit" digunakan dalam ayat di bawah? Binatang-binatang hidup yang merupakan ekshibit utama di Zoo Negara perlulah dijaga dengan baik. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ekshibit ialah barang kes dalam bidang undang-undang. Maka penggunaan ekshibit dalam ayat yang diberikan tidak sesuai. Cadangan ayat yang betul ialah Binatang-binatang hidup yang menjadi tarikan utama di Zoo Negara perlu dijaga dengan baik.Tatabahasa17.03.2020
Bolehkan kata ganti diri manusia digunakan di dalam dialog antara binatang-binatang. Contoh: "Esok kita berlumba dari sini, sehingga ke pokok hujung sana," kata Kura-Kura kepada Arnab. Jika tidak boleh, sila betulkan ayat ini. Terima kasih.Penggunaan kata ganti nama diri manusia bagi binatang dibenarkan dalam karya kreatif, khususnya dalam penceritaan karakter binatang bersifat seperti manusia dan melakukan aktiviti manusia. Contoh, "Esok kita berlumba dari sini sehingga pokok hujung sana," kata kura-kura kepada arnab. Namun, dalam penulisan ilmiah kata ganti nama diri manusia tidak digunakan untuk binatangTatabahasa29.04.2021
maksud safariMaknanya ialah ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu.Makna17.01.2010
apakah kata ganti nama paling sesuai untuk binatang.Dia atau ia?Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali  merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang.Tatabahasa14.05.2011
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang?

Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang.

Tatabahasa30.03.2011
Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya?Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah  batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.Makna01.02.2014
Saya mohon penjelasan penggunaan 'ia'. Bolehkah 'ia' digunakan merujuk kepada binatang? Apakah kata ganti nama bagi binatang? Terima kasih"Ia" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga boleh digunakan untuk merujuk orang, benda atau perkara. "Ia" tidak boleh digunakan untuk binatang. Nama binatang tersebut perlu disebut contohnya; Kucing itu...Tatabahasa24.09.2012
Apakah kata ganti nama bagi binatang jika "IA" dan "DIA" tidak boleh digunakan?

Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali  merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang.

Tatabahasa18.07.2020
Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang?Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-­bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah  batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
Makna18.05.2020
12345678910...

Kembali ke atas