Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bin.cang] | بينچڠ

Definisi : ; berbincang, berbincang-bincang bertukar-tukar pendapat antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara yg penting: mereka sedang ~ tentang masalah kewangan persatuan; membincangkan memperkatakan, membicarakan: tidaklah dapat saya terangkan dan bincangkan satu persatu isi undangundang jenayah; perbincangan perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian; pembincang orang yg membincangkan sesuatu: sebelum ~-~ memberikan pendapat masing-masing, ketua sidang memberikan ucapan pembukaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.cang] | بينچڠ

Definisi : ; ~ ayam sj simpul (tali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.cang] | بينچڠ

Definisi : ; ~-bincut penuh bisul kecil-kecil (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.cang] | بينچڠ

Definisi : ; berbincang bercakap-cakap atau berbicara ttg sesuatu hal; berunding: Ahli-ahli jawatankuasa telah ~ hingga larut malam. membincangkan membahas sesuatu perkara utk mendapat kesimpulan; membicarakan: Mereka sedang ~ cara hendak meninggikan taraf hidup bangsa sendiri. perbincangan perbuatan atau hal berbincang; perundingan: ~ mereka telah memakan masa selama tiga jam. pembincangan perbuatan atau hal membincangkan sesuatu. pembincang orang yg berbincang atau yg membincangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bincang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan saya berkenaan dengan penggunaan kata nama am dalam konteks sari kata penerbitan drama atau filem. Apabila kata nama am (contohnya ayah/ibu/doktor) berubah fungsi menjadi kata nama khas, adakah huruf pertamanya perlu menjadi huruf besar? Maksud saya ialah jika seorang ayah merujuk kepada dirinya apabila bercakap dengan anaknya - "Ahmad, ayah nak bincang dengan kamu sebentar". Jadi, adakah perkataan 'ayah' atau 'Ayah' yang patut digunakan? Ataupun ini ada berkaitan dengan kata ganti nama diri atau kata nama gelaran? Saya mohon maaf sekiranya pertanyaan saya ini mengelirukan pihak tuan. Saya budak baru belajar. Terima kasih.Kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar, Contoh: pak cik (kata nama am) dan Pak Cik Abu (kata nama khas). Perkataan "ayah" dalam konteks ayat tersebut ialah kata nama am.Tatabahasa04.02.2016
Samantha Lim MON 15:12 Hai, selamat petang. Pagi tadi, mak saya terima satu pangilan drpd pihak DBP. Dengar kata, Cik Hamizah nak dapatkan persetujuan saya utk menerbit cerpen saya yang menang bbrp tahun yg lalu. Cik Hamizah juga sebut tentang bayaran royalti untuk penerbitan cerpen saya tu. Jadi, saya nak tanya siapa yang boleh saya contact untuk bincang tentang perkara ini? Jika boleh, boleh saya dapatkan emel Cik Hamizah ni sebab sekarang ni saya berada dekat luar negara. Terima kasih.Mohon berhubung dengan Puan Norhamiza binti Mohd Tuharni melalui nombor 03-2147 9295.Lain-lain18.04.2017
Zainuddin Ahmad THU 6:28PM Saya ambil maklum. Butiran lanjut aduan sama telah dikirim secara rasmi kepada Pengarah DBP melalu email: lindasafa@dbp.gov.my hari ini. Ptg ini seorang pegawai dpd KPDNKK Shah Alam telah menghubungi saya melalui talipon tetapi malangnya lemah penjelasannya; bagaikan ribut sudah melanda kelmarin dan hari ini maka terbagunlah dia daripada tidor lena. Fahaman saya KPDNKK mempunyai tanggun jawab emas membertabatkan penggunaan Bahasa Melayu khususnya di pasaraya. Saya lebih minat untuk mempastikan ada dasar penggunaan Bahasa Melayu di pasaraya dan diperkemas dan diperkukuhkan lagi. Saya bincang lagi selepas DBP merumuskan isu ini kemudian. Terima kasih,Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warganegara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP telah melakukan pemantauan di lokasi tersebut dan pihak pengurusan pasar raya tersebut telah memaklumkan bahawa pihak KPDNKK Shah Alam telah ke lokasi. DBP akan menghantar surat teguran kepada pasar raya tersebut kerana tidak mengggunakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan serta memohon supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam sebarang paparan atau maklumat kepada masyarakat.Lain-lain25.08.2016

Kembali ke atas