Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bing.kai] | بيڠکاي

Definisi : tepi sesuatu benda yg dibuat drpd kayu (rotan dll) yg dibuat di keliling sesuatu benda (gambar dll) supaya kuat, simpai (roda): ~ cermin; ~ mata tepi mata; berbingkai mempunyai bingkai: pemuda yg berkaca mata putih ~ tebal; membingkaikan memberi berbingkai, memasang bingkai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bing.kai] | بيڠکاي

Definisi : kayu dsb yg dipasangkan di keliling atau di tepi sesuatu benda supaya kuat atau teguh: ~ nyiru. berbingkai diperkuat dgn bingkai pd kelilingnya; ada bingkainya. membingkai memberi berbingkai; memasang bingkai pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingkai

Puisi
 

Pisang raut di hujung bendul,
     Hendak meraut si bingkai balam;
Lautan dalam sebesar jambul,
     Tujuh buah kapal di dalam.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chaseces; bingkaiKesenianTiadaBingkai: Bingkai dalam cetakan untuk pengepung huruf
mullionbingkai tegakKesenianTiadaBingkai tegak: Bingkai yang dipasang secara menegak pada sesuatu struktur.
casingselongsong; bingkai lindungKesenianTiada2. Bingkai lindung: Bingkai yang berfungsi sebagai pelindung pada bahagian dalam sesuatu barangan.
bingkaibingkaiKesenianTiada1. Bahagian mulut anyaman tiga dimensi berupa bilah buluh, rotan, atau kayu yang berfungsi sebagai pengukuh dan kemasan anyaman duhung.
revolving framebingkai berpusing/bingkai pusarKomunikasi MassaTiadaTiada
rubber dam holderpemegang empangan getahPergigianTiadaAlat yang dipasang untuk merentang empangan getah di luar mulut. Alat ini mempunyai dua bahagian iaitu dua bingkai dan satu tali getah. Bahagian bingkai akan memegang empangan getah di sebelah kiri dan kanan mulut manakala tali getah tersebut akan ditegangkan untuk meregangkan bingkai-bingkai tersebut. Empangan getah biasanya digunakan dalam prosedur rawatan kanal akar ataupun rawatan yang memerlukan pengasingan gigi semasa menjalankan rawatan supaya tidak tercemar oleh air liur dan juga bakteria di samping memberi kawasan kerja yang kering. Lihat gambar.
pola bingkaipola bingkaiKesenianTiadaUkiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya.
sashselapang (P.JAS)KesenianTiada2. Bingkai kaca: Bingkai yang dipasang pada tingkap kaca.
conformingpenyelarasanKomunikasiTiadaProses memadankan filem daripada bingkai ke bingkai dengan menggunakan tera kerja yang telah disunting. Tujuannya ialah untuk menghasilkan generasi filem baru yang digunakan untuk edaran.
analysing projectorprojektor analisisPendidikanTiadaProjektor filem yang boleh menayangkan filem gerak bingkai demi bingkai mengikut kelajuan tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas