Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bing.kas] | بيڠکس

Definisi : 1. melenting, menganjal: kecubung rebah, petikan ~; 2. bangun (berdiri, meloncat, dll) dgn cepat: ia pun ~ drpd tidurnya; ia ~ melepaskan diri drpd pegangan orang itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bing.kas] | بيڠکس

Definisi : ; membingkas 1 bergerak dgn cepat kerana disebabkan oleh sesuatu; menganjal atau melenting dgn cepat: Jebaknya ~ lalu mengena. 2 bangkit atau berdiri dgn cepat: Apabila dipanggil, ia pun ~ dr kerusinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingkas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "daya bingkas" merupakan bahasa Melayu standard dan diterima pakai oleh DBP? Saya diberitahu "daya bingkas" membawa maksud nilai atau sifat murni untuk "reslience" dalam bahasa Inggeris.

Perkataan "daya bingkas" tiada dalam maklumat data kami. Walau bagaimanapun, secara umumnya perkataan daya bermaksud kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan manakala bingkas pula bermaksud bergerak cepat atau pantas. Sama seperti padanan untuk "resilience" ialah kebingkasan atau daya tahan. Padanan yang tepat bagi perkataan "daya bingkas" ialah keupayaan bergerak cepat atau pantas.

Makna12.08.2020
Pohon pencerahan: apakah istilah 'vulnerability' dari aspek perubahan iklim? adakah mudahterancaman atau kerentanan? dan juga istilah 'resilience' dari aspek perubahan iklim.

Tiada perkataan vulnerability dan resilience dalam istilah yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti bidang alam sekitar, geografi atau lain-lain yang berkaitan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan/puan, kami mencadangkan  vulnerability ialah kerentanan, manakala padanan untuk resilience ialah daya tahan atau daya bingkas iaitu keupayaan bergerak cepat atau pantas. 

Istilah28.04.2021

Kembali ke atas