Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bing.ki.san] | بيڠکيسن

Definisi : 1. bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yg biasanya disertai surat: dia menerima ~ drpd kawannya yg berada di luar negeri; 2. surat; 3. (Komp) set bit yg mengandungi semua atau sebahagian daripada data yg dikirim dlm satu blok melalui rangkaian penghantaran data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bing.ki.san] | بيڠکيسن

Definisi : 1 barang pemberian sbg tanda bakti. 2 barang-barang kiriman; bungkusan kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingkisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, apakah maksud "bingkisan budi dalam kenangan". Adakah frasa ini hanyalah suatu ungkapan kata-kata atau salah satu peribahasa? Saya tidak menemukan frasa tersebut dalam kamus peribahasa. Terima kasih."Bingkisan budi dalam kenangan" ialah frasa atau ungkapan kata-kata sahaja dan bukan peribahasa.Istilah21.05.2016
1. nenek dibacakan adik sepucuk bingkisan yang dikirimi abah.Tolong nyatakan kesalahan perkataan sekiranya ada. 2. alaf baharu. Boleh digunakan ke?Ayat yang dikemukakan boleh digunakan. Manakalan kata alaf baharu boleh digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan berkaitan contoh ayat yang dikemukakan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa28.06.2007
Mohd Haniff Kifly KHA 5.56 PTG Mohd Haniff Kifly assalamualaikum saya nak tanya apa erti bingkisan? terima kasihWslm. Pihak tuan boleh menggunakan perkhidmatan http://prpm.dbp.gov.my secara percuma untuk menyelesaikan persoalan tersebut. Pada laman tersebut tuan bolek klik pada pautan Kamus Bahasa Melayu, Istilah Malaysia, Bahasa Sukuan v2.0, Kamus Sains , Ensiklopedia, Khidmat Nasihat, Pengesahan Bahasa dan Majalah. Moga ini membantu menyelesaikan masalah tuan.Makna07.09.2017
perkataan yang paling tepat untuk menceritakan pengkisahan seseorang dari kecil hingga bersara dalam perkhidmatan

Saudara Tajmohd,

Kami cadangkan frasa berikut:

i. bingkisan budi dalam kenangan ii. coretan dalam kenangan iii. catatan memori

Lain-lain16.07.2009
As-salam Tuan/puan, 2. Saya dari Perpustakaan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) bercadang mewujudkan satu sudut untuk menempatkan koleksi buku-buku atau apa sahaja bahan tulisan YB Menteri. Berikut adalah cadangan untuk menamakan sudut tersebut: i. Tinta Menteri ii. Karya Menteri iii. Bingkisan Menteri 3. Sehubungan itu, saya ingin mohon penjelasan penggunaan istilah yang sesuai yang boleh digunakan untuk menamakan sudut tersebut. 4. Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan mengenai perkara tersebut.Nama yang sesuai digunakan ialah Tinta Menteri atau Karya Menteri.Lain-lain09.09.2016

Kembali ke atas