Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bing.ki.san] | بيڠکيسن

Definisi : 1. bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yg biasanya disertai surat: dia menerima ~ drpd kawannya yg berada di luar negeri; 2. surat; 3. (Komp) set bit yg mengandungi semua atau sebahagian daripada data yg dikirim dlm satu blok melalui rangkaian penghantaran data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bing.ki.san] | بيڠکيسن

Definisi : 1 barang pemberian sbg tanda bakti. 2 barang-barang kiriman; bungkusan kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingkisan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bingkisan data(data packet)1. Bahagian bingkisan yang mengandungi semua atau sebahagian daripada data yang dikirim melalui rangkaian penghantaran data, tidak termasuk bahagian kawalan dalam bingkisan. 2. Lihat bingkisan.Kamus Komputer
penghimpun-penyahhimpun bingkisan(packet assembler-disassembler)Peranti di terminal pengguna yang berfungsi membolehkan bingkisan dikirim dan diterima melalui terminal yang tidak bekerja dalam ragam bingkisan. Data yang ingin dikirim ditukarkan kepada bentuk bingkisan di bahagian penghantar dan bingkisan ditukarkan semula menjadi data biasa di bahagian penerima. Singkatan PAD.Kamus Komputer
penyahhimpun bingkisan(packet disassembly)Peranti pada terminal pengguna yang berfungsi untuk membolehkan bingkisan diterima melalui terminal yang tidak bekerja dalam mod bingkisan dan menukarkannya menjadi data biasa. Singkatan PAD.Kamus Komputer
penghimpun bingkisan(packet assembly)Peranti di terminal pengguna yang berfungsi untuk membolehkan bingkisan dikirim melalui pangkalan yang tidak bekerja dalam ragam bingkisan.Kamus Komputer
bingkisan1 barang pemberian sbg tanda bakti. 2 barang-barang kiriman; bungkusan kecil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bingkisan1. bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yg biasanya disertai surat: dia menerima ~ drpd kawannya yg berada di luar negeri; 2. surat; 3. (Komp) set bit yg mengandungi semua atau sebahagian daripada data yg dikirim dlm satu blok melalui rangkaian penghantaran data.Kamus Dewan Edisi Keempat
panjang bingkisan(packet length)Saiz bit atau bait bagi blok yang membentuk bingkisan yang dikirim melalui rangkaian data.Kamus Komputer
penyiaran bingkisan(packet broadcasting)Kaedah perhubungan data digital untuk menyalurkan data atau mesej dalam bentuk bingkisan secara serentak kepada terminal yang jauh melalui sistem rangkaian data.Kamus Komputer
bingkisan(packet)Set bit yang mengandungi semua atau sebahagian daripada data atau mesej, sebagai satu blok, yang dikirim melalui rangkaian penghantaran data. Bingkisan juga mengandungi maklumat kawalan seperti alamat penerima, hala jalan, dan data kawalan ralat.Kamus Komputer
pensuisan bingkisan(packet switching)Kaedah perhubungan data digital untuk menyalurkan data atau mesej dari satu penghantar ke penerima dengan cara memisah-misahkan data atau mesej kepada blok kecil dan menyalurkan blok ini kepada talian penghantaran. Kaedah ini membolehkan bingkisan dihantar melalui jalan atau waktu yang berbeza untuk mendapatkan kecekapan yang tinggi.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas