Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ngung] | بيڠوڠ

Definisi : 1. kehilangan akal, tidak tahu apa yg hendak dibuat, gugup: dia hampir ~ sejak terbongkarnya kisah anaknya ditahan kerana mencuri; 2. bodoh, dungu, tolol; ~ alang (orang yg) ada masa-masanya fikirannya buntu serta-merta dan tidak dapat melakukan sesuatu dgn betul; yg ~ makanan yg cerdik, yg tidur makanan yg jaga prb penipu selalu mengakali orang yg bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yg tidur; ~ tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut prb orang yg bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang; membingungkan menjadikan hilang akal (gugup dll): leteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya; kebingungan 1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati: leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya; 2. (dlm keadaan) bingung: semua spt ~, spt hilang semangat; pembingungan 1. perihal (perbuatan dsb) membingungkan; 2. tempat yg membingungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ngung] | بيڠوڠ

Definisi : 1 tidak tahu apa yg harus dibuat; berasa gugup: Saya menjadi ~ kerana ditanyai bertalu-talu. Ketika bom meletup, kami menjadi ~. 2 tidak tahu menggunakan akal fikiran; bodoh; dungu: Orang ~ makanan orang cerdik. membingungkan menyebabkan menjadi bingung; menyulitkan fikiran; menghairankan: Kesulitan-kesulitan rumah tangga spt inilah yg ~ saya. kebingungan 1 dlm keadaan bingung; kacau fikirannya: Sbg isteri yg setia dan jujur, dia telah menghibur hati suaminya yg ~. 2 keadaan atau rasa bingung: Hal itu telah menimbulkan ~ di kalangan pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingung

Puisi
 

Ke sana gunung di sini gunung,
     Tengah-tengah pohon melati;
Ke sana bingung di sini bingung,
     Siapa dikenang di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bingung tak dapat diajar,
     cerdik tak dapat diikuti.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dazevt (act.) menyebabkan menjadi bingung, membuat (menjadi) bingung: the blow ~d him, pukulan itu menyebabkan dia menjadi bingung; (pass.) menjadi bingung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
puzzlementn rasa bingung, kebingungan, membingungkan: his explanation only increased our ~, penjelasannya itu hanya lebih membingungkan or menambah rasa bingung kami; in ~, dgn rasa bingung: I stared at him in ~, saya merenungnya dgn rasa bingung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
puzzledadj bingung, kebingungan: I was ~ how to answer, saya bingung utk menjawabnya; he gave me a ~ look, dia memandang saya dgn bingung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perplexed adj bingung: the explanation left him more ~ than ever , penjelasan itu menjadikan dia bertambah bingung lagi; there was a ~ look on his face , wajahnya kelihatan bingung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dazen ; in a ~, dlm keadaan bingung, kebingungan: he walked around in a ~, dia merayau-rayau dlm keadaan bingung; leave so. in a ~, membuat sso (menjadi) bingung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dazedadj bingung: he looked ~, dia kelihatan bingung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distractedadj preoccupied, anxious, bingung: to be ~ by grief, bingung krn terlalu sedih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fuddlevt menjadikan bingung: the drink ~d his brain, arak itu menjadikan fikirannya bingung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consternationn kebingungan, bingung: he was filled with ~ when the car suddenly stopped in the middle of the deserted road, dia menjadi bingung apabila keretanya tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan yg sunyi itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lost4. bewildered, bingung: the new boy felt quite ~ on his first day at school, budak baru itu agak bingung pd hari pertama dia di sekolah; 5. have no effect on, tdk memberikan kesan: her snide remarks were ~ on him, kata-katanya yg tajam tdk memberikan kesan kpd lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas