Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ngung] | بيڠوڠ

Definisi : 1. kehilangan akal, tidak tahu apa yg hendak dibuat, gugup: dia hampir ~ sejak terbongkarnya kisah anaknya ditahan kerana mencuri; 2. bodoh, dungu, tolol; ~ alang (orang yg) ada masa-masanya fikirannya buntu serta-merta dan tidak dapat melakukan sesuatu dgn betul; yg ~ makanan yg cerdik, yg tidur makanan yg jaga prb penipu selalu mengakali orang yg bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yg tidur; ~ tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut prb orang yg bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang; membingungkan menjadikan hilang akal (gugup dll): leteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya; kebingungan 1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati: leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya; 2. (dlm keadaan) bingung: semua spt ~, spt hilang semangat; pembingungan 1. perihal (perbuatan dsb) membingungkan; 2. tempat yg membingungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ngung] | بيڠوڠ

Definisi : 1 tidak tahu apa yg harus dibuat; berasa gugup: Saya menjadi ~ kerana ditanyai bertalu-talu. Ketika bom meletup, kami menjadi ~. 2 tidak tahu menggunakan akal fikiran; bodoh; dungu: Orang ~ makanan orang cerdik. membingungkan menyebabkan menjadi bingung; menyulitkan fikiran; menghairankan: Kesulitan-kesulitan rumah tangga spt inilah yg ~ saya. kebingungan 1 dlm keadaan bingung; kacau fikirannya: Sbg isteri yg setia dan jujur, dia telah menghibur hati suaminya yg ~. 2 keadaan atau rasa bingung: Hal itu telah menimbulkan ~ di kalangan pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingung

Puisi
 

Ke sana gunung di sini gunung,
     Tengah-tengah pohon melati;
Ke sana bingung di sini bingung,
     Siapa dikenang di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bingung tak dapat diajar,
     cerdik tak dapat diikuti.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah "orang ramai kebingungan" semaksud "orang ramai berasa bingung"? "Kebingungan" perbuatan bangun kena buat yang berapitan ke-...-an kerana benda ayat dikenai sesuatu walaupun manusia. Maka "kebingungan" dalam frasa itu bermaksud orang ramai dikenai oleh rasa bingung, maka benda ayat "orang ramai" mengalamilah rasa bingung, berasa bingung, itulah sebabnya kebingungan = berasa bingung! Jadi, untuk maksud "berasa gembira", bolehlah saya bina ayat seperti: (1) Saya kegembiraan oleh melihat dua orang itu berbaik semula. "Saya" benda ayat yang seakan-akan penyambut, iaitu benda yang dikenai perbuatan, maka ke-...-an yang menandai bangun kena buat itu digunakan. Saya kegembiraan = saya dikenai oleh rasa gembira = saya mengalami rasa gembira = saya berasa gembira. Ini keadaan ke-...-an + sifat (gembira, bingung). Ayat ini seperti: (2) Saya kecurian (ke-...-an + perbuatan "curi") pen = "saya" benda ayat yang dikenai, iaitu dikenai perbuatan "curi" dan "pen" penerang kepada perbuatan "kecurian", iaitu menerangkan benda yang dicuri. Jadi, adakah kebingungan = dikenai oleh rasa bingung = berasa bingung; "kesedihan" = ditimpa rasa sedih = berasa sedih?Perkataan kegembiraan tidak boleh digunakan pada ayat yang sama seperti "orang ramai kegembiraan". Tetapi boleh ditulis "Dia menjerit kegembiraan"Tatabahasa23.12.2016
1.Rahmat kelihatan bingung apabila memikirkan tugasannya yg banyak. 2.Rahmat kelihatan sugul apabila memikirkan tugasannya yg banyak. Ayat 1 atau 2 yg paling tepat..Rahmat kelihatan bingung apabila memikirkan tugasannya yang banyak. Bingung bermaksud tidak tahu apa yang hendak dibuat.Tatabahasa17.03.2014
Keluar atau ke luar? Saya agak bingung bila menggunakan perkataan ini. Dalam ayat berikut yang manakah betul? a) Sejak pemergian anaknya keluar negeri, ia termenung sahaja. b) Memohon keluar negeri c) Dia berjalan keluar melalui pintu belakang. soalan seterusnya bagaimana membezakan dan lain-lain (dll) dengan dan sebagainya (dsb). Saya ucapkan terima kasih atas keterangan yang akan diberi kelak.Keluar dan ke luar dalah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll):  5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll):  8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri c) keluar melalui pintu belakang. Lain-lain itu maksudnya tidak sama. manakala sebagainya bermasud untuk, bagi 2. jadi, menjadi, selaku:; 3. bertindak spt, selaku:  demikian pula, lebih-lebih lagi: a) lain-lain serupa (semacam) itu:  b) sepatutnya:. T.kasih.Lain-lain08.09.2008
Tuan, saya sekali lagi menghantar tanyaan yang bertajuk Kebingungan = Berasa Bingung dalam WordPad kerana terdapat tambah dan pembetulan. Sila tuan tatap soal saya lalu mengiktiraf kupasan saya.Tuan, tidak semua kata adjektif yang diberi apitan ke-..an boleh diletakkan pada ayat yang sama.
Orang ramai kebingungan. (betul)
Orang ramai keletihan (betul)
Orang ramai kegembiraan (salah)
Orang ramai melompat kegembiraan  (betul)                                                                                                                         
Tatabahasa23.12.2016
Di manakah saya boleh merujuk fungsi/maksud setiap imbuhan dalam bahasa Melayu? Contohnya, beza ‘memberikan’ (meN…kan) dengan ‘memberi’ (meN). Saya selalu bingung apabila memilih antara dua imbuhan ini.Rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat fungsi setiap awalan/apitan dan kata terbitan yang wujud. Kata kerja yang wujud dengan awalan meN- berfungsi sebagai kata kerja aktif (transitif atau tak transitif), "memberi makanan" (kata kerja transitif) dan "menangis" (kata kerja tak transitif). Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, seperti " menidurkan adik". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 151 dan 191.Tatabahasa04.07.2022
Ryan Tan kelihatan gugup ketika ditanya oleh guru disiplin tentang pergaduhan itu. Apakah antonim bagi perkataan gugup yang betul tabah/gagap/tenang/bingungBerdasarkan ayat tersebut, antonim yang sesuai bagi perkataan gugup ialah tenang.Tatabahasa19.03.2014
dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang. tuan,putus akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); adakah ayat ini betul dari segi bahasa? TQAyat 'Dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang.' adalah betul.Tatabahasa18.09.2011
Salam, Terdapat banyak khidmat nasihat yang mengkonfiuskan untuk perkataan "Superhero". Ada yang mengatakan adiwira, ada yang kata kena jarakkan supaya jadi adi wira. Bolehkan DBP tolong beri satu jawapan muktamad dan hapuskan kenyataan yang salah agar tiada orang akan bingung lagi dengan penggunaan kata sebenar superhero ini. Terima kasih!Untuk pengetahuan tuan, perkataan 'adiwira' belum di masukkan sebagai entri perkataan bahasa Melayu dalam kamus. Perkataan 'adiwira' perlu dieja sebagi satu perkataan yang agak sinonim dengan penggunaan perkataan lain yang berawalan 'adi' seperti 'adikuasa', adiraja'. Istilah22.05.2019
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang maksudnya 'tergambar di wajahnya yang kebingungan?' Terima Kasih.Salam sejahtera,

Tuan,
Kami mencadangkan perkataan termangu-mangu yang membawa maksud ter­menung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna13.06.2017
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang memberi maksud 'tergambar di wajahnya yang kebingungan?' Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,
Kami mencadangkan perkataan termangu-mangu yang membawa maksud ter­menung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna13.06.2017
12

Kembali ke atas