Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ngung] | بيڠوڠ

Definisi : 1. kehilangan akal, tidak tahu apa yg hendak dibuat, gugup: dia hampir ~ sejak terbongkarnya kisah anaknya ditahan kerana mencuri; 2. bodoh, dungu, tolol; ~ alang (orang yg) ada masa-masanya fikirannya buntu serta-merta dan tidak dapat melakukan sesuatu dgn betul; yg ~ makanan yg cerdik, yg tidur makanan yg jaga prb penipu selalu mengakali orang yg bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yg tidur; ~ tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut prb orang yg bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang; membingungkan menjadikan hilang akal (gugup dll): leteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya; kebingungan 1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati: leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya; 2. (dlm keadaan) bingung: semua spt ~, spt hilang semangat; pembingungan 1. perihal (perbuatan dsb) membingungkan; 2. tempat yg membingungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ngung] | بيڠوڠ

Definisi : 1 tidak tahu apa yg harus dibuat; berasa gugup: Saya menjadi ~ kerana ditanyai bertalu-talu. Ketika bom meletup, kami menjadi ~. 2 tidak tahu menggunakan akal fikiran; bodoh; dungu: Orang ~ makanan orang cerdik. membingungkan menyebabkan menjadi bingung; menyulitkan fikiran; menghairankan: Kesulitan-kesulitan rumah tangga spt inilah yg ~ saya. kebingungan 1 dlm keadaan bingung; kacau fikirannya: Sbg isteri yg setia dan jujur, dia telah menghibur hati suaminya yg ~. 2 keadaan atau rasa bingung: Hal itu telah menimbulkan ~ di kalangan pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingung

Puisi
 

Ke sana gunung di sini gunung,
     Tengah-tengah pohon melati;
Ke sana bingung di sini bingung,
     Siapa dikenang di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bingung tak dapat diajar,
     cerdik tak dapat diikuti.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
huitainhuitainKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lapan baris dalam satu rangkap. Teromba atau sesomba adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bentuk huitain ini. Contohnya, Jika cerdik teman berunding Jika bingung disuruh arah Yang buta disuruh menghembus lesung Yang patah disuruh menunggu jemuran Yang pekak disuruh mencucuh meriam Yang berani dibuat kepala lawan Kalau kaya hendakkan emasnya Kalau alim hendakkan doanya.
sleep walkingberjalan semasa tidurPsikologiPsikologi UmumTingkah laku tidak sedar yang dilakukan individu semasa tidur terutamanya di peringkat NREM (tidur bukan gerak cepat). Dalam keadaan ini, mata individu masih terbuka tetapi dalam keadaan bingung dan mengheret kakinya sebagai tanda dia berada dalam keadaan tidur. Individu ini biasanya tidak mempunyai masalah untuk berjalan seperti boleh menuruni tangga dengan baik. Tingkah laku ini dikenali juga sebagai somnambulisme.

Kembali ke atas