Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SATELIT

Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang

beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan

<i> satelit i> bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang

mengelilingi bumi dalam perjalanannya

mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad

yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang-

bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya

gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang

yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang

berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh

planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit.

Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit;

Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan

2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan

Zuhal dengan 18.

Lihat rencana planet yang berasingan, seperti

Musytari .

UMUM 
DENEB

Deneb ialah bintang yang paling terang dalam

buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali

sebagai <I>Alpha Cygni. I>Ia ialah bintang yang paling

terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan

mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb

ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi

ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang

1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb

kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan

oleh suhu permukaan yang sangat tinggi,

sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi

mengelaskan bintang ini sebagai <I>superraksasaI>

<I>biruI>. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali

ganda diameter matahari.

UMUM 
TAHUN CAHAYA

Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan

oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di

antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam

satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya

bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu

saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan

9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang

terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam

perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya

terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi

adalah tersangat luas hinggakan bintang yang

paling hampir dengan bumi – selain dari matahari

– ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang

(Bintang di dalam alam semesta).

UMUM 
DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA

DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA, kurniaan daripada kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap khidmat cemerlang seseorang yang dianggap di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa. Pengurniaan tersebut merupakan kenaikan taraf seseorang daripada yang bertaraf biasa ke taraf yang lebih tinggi dari segi protokol kerajaan.

1">   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SISTEM SURIA

Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali

sebagai <i>matahari i>dan segala objek yang bergerak

mengelilinginya. Sistem suria mengandungi:

(1) bumi dan lapan planet lain termasuklah <i>sateliti>

(bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini;

(2) objek seperti planet yang dikenali sebagai

<i>asteroidi>; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali

sebagai <i>meteoroidi>; (4) longgokan debu dan gas

beku yang dikenali sebagai <i>kometi>; dan (5) zarah

yang hanyut yang dikenali sebagai <i>habuk antarai>

<i>planet i>dan gas yang bercas elektrik, iaitu <i>plasmai>

yang secara berkumpulan membentuk <i>perantaraani>

<i>antara planeti>.

UMUM 
MOHAMED NASIR, DATO'

MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977).  Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya.  Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun.  Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas