Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang I 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Chandrasekhar limithad ChandrasekharMatematikTiadaHad jisim bagi bintang kerdil putih yang tidak berputar dan sedikit sebanyak, bergantung juga pada kandungan bintang, yakni 1.44 daripada jisim matahari bagi bintang kerdil putih jenis helium, menurun kepada 1.40 daripada jisim matahari bagi bintang karbon dan 1.11 daripada jisim matahari bagi bintang besi. Bintang yang jisimnya melebihi had jisim ini akan terpaksa mengalami perebakan graviti yang selanjutnya untuk menjadi bintang neutron, malah lohong hitam, kerana bahannya tidak akan berupaya untuk bertahan daripada daya graviti.
prepublicitypraserantaKomunikasiKorporatProses dan strategi yang dilakukan lebih awal oleh penganjur bagi mendapatkan tumpuan khalayak terhadap sesuatu acara sebelum dilaksanakan. Proses ini diurus secara berperingkat dan bersistematik dengan mengaturkan acara kecil yang berasingan tetapi berkaitan dengan acara utama dan melibatkan liputan media. Contohnya, sebelum acara utama perlumbaan kereta Formula 1 diadakan, pelbagai acara kecil yang berkaitan dianjurkan. Antara acara kecil tersebut termasuklah pameran model kereta yang terlibat dalam perlumbaan berkenaan dan peralatan lain yang berkaitan, pertandingan ratu cantik Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar,,dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar, dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1. Acara kecil tersebut bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan dan sokongan khalayak terhadap acara utama yang akan diadakan.
Alpha CentauriAlpha CentauriMatematikTiada1. Bintang ganda, yang paling cerah di buruj Centaurus, iaitu bintang tercerah yang paling hampir dengan bumi selain matahari, dan jauhnya kira-kira 4.3 tahun cahaya. 2. Bintang tetiga magnitud pertama dalam buruj Centaulus, yang terhampir dengan matahari. Rigil Kent.
Barnard's starbintang Barnard/bintang lariMatematikTiadaBintang magnitud ke-10 yang ditemukan oleh Barnard, pada tahun 1916. Bintang ini merupakan salah satu bintang yang terdekat kerana ia berada pada jarak 6.1 tahun cahaya dari matahari.
spheresferaMatematikTiada1. Bintang atau planet.
flare stars (UV ceti stars) (1)bintang bernyala (bintang UV ceti)MatematikTiada, dan meningkatkan kecerahannya sebanyak lebih daripada satu magnitud selama kurang daripada satu jam.
Al Velorum Stars/RR starsbintang Al Velorum/bintang RRMatematikTiadaKumpulan bintang denyut berubah yang dahulunya dikelaskan sebagai bintang RR Lyrae tetapi sekarang ini sudah dibuktikan bahawa bintang ini mempunyai luminositi yang lebih rendah di samping mempunyai kala yang lebih pendek, iaitu kira-kira 1.3 hingga 5 jam.
semiregular variablesbintang berubah semisekataMatematikTiadaBintang berubah semisekata: Bintang berubah daripada jenis raksasa merah yang kalanya antara 40 hingga 150 hari. Magnitud mutlaknya kira-kira 0 hingga 1.
star connectionsambungan bintangTeknikElektrikSambungan litar dielektrik yang setiap satu punca dari tiga beban litar disambungkan bersama menjadi punca sepunya. Sambungan bintang menyebabkan arus setiap belitan fasa menjadi sama dengan arus pada talian, tetapi voltan di antara sambungan bintang dengan talian ialah 1 per punca kuasa tiga, iaitu 0.58, daripada voltan talian. Penghujung setiap set belitan akan disatukan dan menjadi titik neutral. Sudut fasa di antara ketiga-tiga belitan ini ialah 120 darjah elektrik. Sambungan bintang juga disebut titik bintang atau titik neutral. Kadangkala sambungan ini juga disebut sambungan Y kerana bentuknya seperti huruf Y.
peculiar motiongerakan khususMatematikTiada1. Gerakan satu-satu bintang berbanding dengan gerakan sekumpulan bintang yang berjiran dengannya.
1234

Kembali ke atas