Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bin.til] | بينتيل

Definisi : 1. bengkak-bengkak kecil pd kulit (kerana digigit nyamuk dll); 2. butir kecil (pd akar kekacang dll); berbintil menjadi atau berbentuk bintil: berus yg terlalu rapat matanya akan menyebabkan maskara bergumpal atau ~; baja sebatian ~;berbintil-bintil berupa atau berbentuk banyak bintil: akar pohon yg rimbun itu timbul dan ~; najis kambing yg sihat dikatakan ~ dan pejal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.til] | بينتيل

Definisi : 1 bengkak kecil-kecil pd kulit (kerana digigit nyamuk dll). 2 butir-butir yg terdapat pd akar tumbuh-tumbuhan jenis kekacang. berbintil berbentuk bintil: baja sebatian ~. berbintil-bintil berupa atau berbentuk bintil yg banyak: Akar pohon yg rimbun itu timbul dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah bahasa Melayu baku bagi penyakit kulit (kemerah-merahan) pd bhg muka atau pipi bayi (mungkin berpunca drpd lelehan air susu yg melekat pd kulit). Di Brunei kami menggunakan istilah kurap susu. Terima kasih.Istilah bagi penyakit itu dipanggil ruam, iaitu bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dll).Lain-lain04.03.2010
Saya mahu mencari istilah sesuai untuk "Hickey" yang berkmasud tanda lebam yang disebabkan gigitan cinta (love bite) atau kadang-kadang, gigitan serangga; yang biasnya pada leher dan lengan. Tapi dalam PRPM, hanya memberi maksud untuk bidang elektrik sahaja.Perkataan tersebut boleh dipadankan dengan lebam dan sekiranya membawa maksud gigitan pada serangga boleh dipadankan dengan bintat atau bintil.Makna16.02.2021

Kembali ke atas