Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.la] | بيولا

Definisi : alat muzik yg dimainkan dgn penggesek, rupanya spt violin, tetapi lebih besar sedikit dan mengeluarkan bunyi yg lebih rendah; tak dan menggesek ~ hendak menari dahulu prb berbuat sesuatu sebelum sampai masanya;berbiola 1. mempunyai biola; 2. bermain (menggesek) biola: engkau bersuling, aku ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.la] | بيولا

Definisi : alat muzik bertali empat yg diletakkan di bahu serta dikepit dgn dagu dan digesek utk membunyikannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biola

Puisi
 

Gesek biola nama Cik Mamat,
     Mari digesek Tanjung Jati;
Doa saya biar selamat,
     Ada umur bertemu lagi.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata?Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya.Tatabahasa15.08.2007
Bagaimana mencerakinkan perkataan ini mengikut suku katanya? a. makanan b. perbualan c. biola terima kasih.Perkataan yang berikut dipisahkan seperti yang berikut: ma.kan.an dan per.bu.al.an.Tatabahasa20.05.2013
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan

Saudara Tracy,

Yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran

Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi

Tatabahasa28.06.2010
Adakan pemeggalan perkataan-perkataan dibawah berdasarkan suku kata betul? Adakan subutanya sama dengan pemeggalan suku kata? air - a ir ais - a is daun - da un main - ma in durian - du ri an , luar - lu ar halia - ha li a biola - bi o la, buaya - bu a ya bau - ba u Quran - Qur an beruang - be ru ang pakaian - pa kai anBerdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, pemenggalan : air - air,  ais - ais,  daun - daun, main - main,  durian - du.rian, luar - luar,  halia - ha.lia,  biola - bio.la,  buaya - bua.ya, bau - bau,  Quran - Qur. an,  beruang - be. ruang,  pakaian - pa.kaian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tersebut. Istilah01.07.2010
Merujuk kepada jawapan persoalan sebelum ini, 'ialah' mempunyai dua suku kata, dan suku kata 'ia' dalam perkataan tersebut merupakan vokal berganding. Bukankah vokal berganding sebenarnya menghasilkan dua bunyi seperti 'ua' dalam 'tua' dan 'io' dalam 'biola'?Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Tatabahasa16.03.2010
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih

1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini

2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan

3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 

4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami

5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong.

6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 

7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja.

8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik.

Tatabahasa07.10.2010

Kembali ke atas