Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.la] | بيولا

Definisi : alat muzik yg dimainkan dgn penggesek, rupanya spt violin, tetapi lebih besar sedikit dan mengeluarkan bunyi yg lebih rendah; tak dan menggesek ~ hendak menari dahulu prb berbuat sesuatu sebelum sampai masanya;berbiola 1. mempunyai biola; 2. bermain (menggesek) biola: engkau bersuling, aku ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.la] | بيولا

Definisi : alat muzik bertali empat yg diletakkan di bahu serta dikepit dgn dagu dan digesek utk membunyikannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biola

Puisi
 

Gesek biola nama Cik Mamat,
     Mari digesek Tanjung Jati;
Doa saya biar selamat,
     Ada umur bertemu lagi.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELUARGA AMATI

Keluarga Amati ialah sebuah keluarga pembuat

biola yang bekerja di Cremona, Itali dari tahun

1500-an hingga tahun 1700-an. Biola Amati terdapat

dalam pelbagai warna daripada merah gelap

hingga kuning terang. Biola itu mempunyai bentuk

dan lengkung yang halus dan bahagian atas yang

melengkung tinggi. Lengkung itu membantu

menghasilkan bunyi soprano yang halus dan sedap

didengar, yang digemari oleh kumpulan pemuzik

essembel yang popular pada tahun 1600-an.

UMUM 
OISTRAKH, DAVID

Oistrakh, David (1908–1974), pemain biola

Ukraine yang terkenal. Dia terkenal kerana

tekniknya yang sungguh hebat dan tonnya yang

lantang. Penggubah Rusia yang terkenal seperti

Sergei Prokofiev dan Dimitri Shostakovich

mencipta muzik kamar dan konsert biola

untuknya. Oistrakh juga merupakan pemimpin

yang terkenal dan guru biola yang cemerlang.

Salah seorang anak muridnya ialah anak lelakinya,

Igor, yang menjadi pemain biola yang terkenal di

seluruh dunia.

UMUM 
KREISLER, FRITZ

Kreisler, Fritz (1875–1962), pemain biola

dan penggubah lagu menjadi pujaan sepanjang

masa. Rakamannya dijadikan kajian untuk

mengetahui bagaimana frasa-frasa muzik

dipersembahkan secara semula jadi dan berkesan,

serta penggunaan rubato (memendek dan

memanjangkan not).

UMUM 
STRAUSS, JOHANN, SR.

Strauss, Johann, Sr. (1804–1849) ialah

penggubah muzik Austria yang dikenali sebagai

“Bapa Waltz”. Dia juga adalah penggesek biola dan

pemimpin orkestra popular yang memainkan muzik

ringan yang menghiburkan. Beberapa orang anak

lelakinya, terutama Johann Strauss, Jr., terkenal

kerana menggubah dan memimpin muzik waltz.

UMUM 
KAEDAH SUZUKI

Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak

bagaimana bermain alat muzik tertentu pada

peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini

digunakan dengan meluas untuk biola dan juga

alat-alat lain seperti celo, flut dan piano.

UMUM 
PAGANINI, NICCOLÒ

Paganini, Niccolò (1782–1840), ahli muzik dan

penggubah lagu Itali yang menjadi salah seorang

pemain biola yang terkemuka.

UMUM 
IDRIS SARDIIDRIS SARDI (1939-  ), pemain biola, pencipta lagu dan penata muzik filem, Indonesia. Dia lahir pada 6 Jun 1939 di Jakarta, Indonesia. Idris mewarisi bakat dalam bidang muzik daripada bapanya, Sardi dan datuknya. Bapanya ialah orang Indonesia pertama menggubah muzik latar filem pada tahun 1930-an di Indonesia, termasuklah filem Rencong Aceh yang turut dibintangi oleh ibu Idris, Hadijah.BUDAYATokoh
ORKESTRA

Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain

pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah

orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan

genderang, seperti dram, gong, dan zilofon.

Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan

muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia

memasukkan biola atau alatan bertali yang lain.

Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang

mengandungi sebahagian besarnya oleh alat

tiupan dan alat genderang.

UMUM 
STRAUSS, JOHANN, JR.

Strauss, Johann, Jr. (1825–1899) ialah

penggubah muzik Austria yang dikenali sebagai

“Raja Waltz.” Strauss menggubah hampir 400 buah

muzik waltz yang mewakili kemuncak gaya muzik

tersebut. Dia juga menggubah lagu dan tarian

orkestra lain dan 16 opereta. Di samping itu, dia

juga adalah penggesek biola dan ketua orkestra

yang memainkan muzik ringan.

UMUM 
STRADIVARI, ANTONIO

Stradivari, Antonio (1644?–1737) ialah salah

seorang daripada pembuat alat muzik yang

terkemuka dalam sejarah muzik. Dia menggunakan

Stradivarius, namanya dalam bahasa Latin, pada

label alat muziknya. Stradivari mungkin lahir di

Cremona, Itali. Dia belajar dengan Nicolo Amati,

pembuat alat muzik yang terkenal, dan berkhidmat

beberapa lama sebagai pembantu Amati.

Sepanjang kerjayanya, Stradivari membuat lebih

kurang 1100 alat. Daripada jumlah tersebut, lebih

kurang 635 buah violin, 17 buah biola, dan 60 buah

selo masih wujud.

UMUM 

Kembali ke atas