Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.la] | بيولا

Definisi : alat muzik yg dimainkan dgn penggesek, rupanya spt violin, tetapi lebih besar sedikit dan mengeluarkan bunyi yg lebih rendah; tak dan menggesek ~ hendak menari dahulu prb berbuat sesuatu sebelum sampai masanya;berbiola 1. mempunyai biola; 2. bermain (menggesek) biola: engkau bersuling, aku ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.la] | بيولا

Definisi : alat muzik bertali empat yg diletakkan di bahu serta dikepit dgn dagu dan digesek utk membunyikannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biola

Puisi
 

Gesek biola nama Cik Mamat,
     Mari digesek Tanjung Jati;
Doa saya biar selamat,
     Ada umur bertemu lagi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Gesek biola nama Cik Mamat, Mari digesek Tanjung Jati; Doa saya biar selamat, Ada umur bertemu lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Gesek biola tali empat, Putus satu tali kecapi; Sudah cari serata tempat, Baru dapat kehendak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gegap gempita suara penyanyi, Muzik seronok biola dan rebab; Gelaplah rasanya dunia ini, Adik merajuk tiada bersebab.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Rumah kecil tiang ke laut, Tempat Suriani menggesek biola; Kecil molek bagai diraut, Itu sebab hatiku gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah kecil pintu ke laut, Tempat Cik Baba menggesek biola; Pinggang kecil bagai diraut, Mana hati abang tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa lauk nasi kurendang, Putik petola dari Patani; Apa ubat hatiku terkenang, Gesek biola tariklah menyanyi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas