Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.lo.gi] | بيولوݢي

Definisi : sains yg berkaitan dgn struktur, fungsi, perkembangan, taburan, dan proses hidup pd benda hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.lo.gi] | بيولوݢي

Definisi : ilmu pengetahuan ttg keadaan dan sifat makhluk hidup (termasuk manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan); ilmu kaji hayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIOLOGI MOLEKUL UMUM 
BIOLOGI UMUM 
PERANG KIMIA-BIOLOGI-RADIOLOGI ( KBR)

Perang kimia-biologi-radiologi ( KBR) ialah

peperangan yang dilancarkan dengan

menggunakan bahan kimia, biologi, atau

radioaktif. Perkembangan senjata KBR, dan

pertahanan terhadap senjata-senjata ini, biasanya

digolongkan bersama dalam latihan dan strategi

ketenteraan. Senjata ini boleh direka bentuk untuk

membunuh ramai manusia, mencederakan buat

sementara, atau memusnahkan bekalan makanan.

Senjata ini biasanya berkesan tanpa merosakkan

harta benda.

UMUM 
JAM BIOLOGI UMUM 
BIOREMEDIProses merawat sisa buangan dengan menggunakan kaedah biologi, seperti secara mikrobiologi, biokimia dan biologi molekul.KEJURUTERAANKonsep
MIGRASI

Migrasi, dalam istilah biologi ialah perpindahan

haiwan ke satu tempat yang menawarkan keadaan

kehidupan yang lebih baik. Banyak burung, ikan,

serangga, dan mamalia selalu bermigrasi untuk

mengelakkan perubahan keadaan cuaca dan

bekalan makanan yang tidak sesuai. Manusia juga

bermigrasi, atau berhijrah, tetapi mereka berbuat

demikian atas sebab politik, sosial dan juga

biologi.

UMUM 
ELEKTROFORESISKaedah biologi yang digunakan untuk menganalisis protein dan asid nukleik (DNA dan RNA). Kaedah ini juga digunakan untuk mengasingkan komponen protein dan asid nukleik yang membolehkan kajian komponen sesuatu protein dan asid nukleik dilakukan. Terdapat beberapa jenis elektroforesis, iaitu elektroforesis satu dimensi, elektroforesis dua dimensi, dan elektroforesis kapilari....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
SOSIOBIOLOGI

Sosiobiologi ialah kajian tentang biologi yang

merupakan asas bagi tingkah laku sosial manusia

dan haiwan lain. Ahli sosiobiologi cuba

memastikan fungsi pelbagai jenis tingkah laku

dalam kehidupan haiwan. Mereka juga cuba

menemukan bagaimana keganasan, komunikasi,

dan jenis tingkah laku sosial lain itu berasal dan

berubah dari satu generasi ke satu generasi.

UMUM 
EKSOBIOLOGI

Eksobiologi ialah cabang biologi yang

mengkhusus dalam pencarian dan kajian tentang

kehidupan di tempat lain di alam semesta.

UMUM 
ALAM

Alam ialah unit klasifikasi biologi paling besar.

Semua organisma hidup tergolong dalam satu

alam, tetapi tiada organisma yang tergolong dalam

lebih daripada satu alam.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas