Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ri.bi.ri] | بيري٢

Definisi : sj binatang ternak (spt kambing) yg berbulu tebal, diternak utk bulu atau dagingnya, Ovina spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ri.bi.ri] | بيري٢

Definisi : nama sj binatang spt kambing yg berbulu tebal dan dipelihara khusus utk daging dan bulunya, Ovina spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biri-biri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "daging kambing". Adakah "mutton" istilah yang sesuai? Mutton boleh membawa maksud "daging biri-biri (sheep=biri-biri/ lamb=biri-biri muda)", bukan hanya bermaksud "daging kambing" sahaja." Ada istilah bahasa Inggeris yang hanya mewakili maksud "daging kambing" sahaja? Mohon pencerahan dan terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "mutton" bermaksud daging kambing atau daging kambing biri-biri.Makna05.04.2013
biri biri cafeSalam sejahtera,

Sila nyatakan soalan tuan. Jika untuk pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ .

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.08.2017
Apakah nama baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri? Sila rujuk kepada gambar. Bolehkah saya namakan baju sejuk?Salam sejahtera,

Tuan,

Berdasarkan data kami, baju yang dilampirkan boleh dipanggil sebagai sweater. Menurut data kami, sweater merujuk kepada pakaian bahagian atas badan yang dibuat daripada benang bulu, gentian buatan dan sebagainya boleh dipakai di luar sebagai jaket, atau dipakai bersama. Tuan boleh menggunakan perkataan ini jika bersesuaian.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.03.2018
Salam sejahtera. Adakah biri-biri dan kura-kura dikategorikan sebagai kata ganda yang terdiri daripada kata dasar biri & kura? Terima kasih.Kura-kura, obor-obor dan kunang-kunang ialah kata nama yang terdiri daripada kata ganda seluruh. Tidak ada asal kata bagi kata ganda ini seperti kata ganda yang lain.Tatabahasa24.12.2012
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Cattle Kick Stop 2. Cow Hobble 3. Cattle Cable Spiker 4. Cattle Captive Bolt stunner 5. Cattle Humane Slaughter Equipment 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) 7. Wool Roving Machine

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Cattle Kick Stop - Penahan Tendangan Lembu
2. Cow Hobble - Sengkela Lembu
3. Cattle Cable Spiker - Pepaku Kabel Lembu
4. Cattle Captive Bolt Stunner – Pemegun Bolt Kurungan Lembu
5. Cattle Humane Slaughter Equipment – Peralatan Penyembelihan Berperikemanusiaan untuk Lembu
6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) – Mesin Sisir Kasar Bulu Bebiri
7. Wool Roving Machine – Mesin Pintal Kasar Bulu Bebiri

Istilah10.03.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat berikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Sheep Crutching Cradles 2. Sheep Drafting Chutes 3. Wool Reeling Machines 4. Wool Willowing Machines Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Sheep Crutching Cradles – Penyangga Biri-Biri

2. Sheep Drafting Chutes – Laluan Pemilihan Biri-Biri

3. Wool Reeling Machines – Mesin Merahat Bulu Biri-rBiri

4. Wool Willowing – Pembersihan Bulu Biri-Biri

Istilah10.03.2016
Perlukah (ataupun Wajibkah) tanda koma diletakkan selepas perkataan 'kemudian' dan 'kini' untuk sesuatu ayat? Bilakah tanda koma perlu digunakan selepas 'kemudian' dan 'kini'? Contoh: Kemudian, rubah itu melompat beberapa kali. Kemudian, dia duduk di atas kerusi itu. Kini, budak penggembala biri-biri menyesal akan perbuatannya itu. Kini, dia telah menolong saya pula. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian. Terima kasih.Selepas kedua-dua kata tersebut tidak perlu ditulis tanda koma, sebaliknya terus sahaja dengan perkataan yang mengikutinya seperti Kemudian dia duduk di atas kerusi itu.Ejaan31.12.2011
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Dairy washdown pump 2. Wool Willowing Machine 3. Wool Roving MachineIstilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Dairy Washdown Pump - Pam Cuci Bersih Tenusu
2. Wool Willowing Machine - Mesin pembersihan Bulu Biri-biri
3. Wool Roving Machine - Mesin Pintal Kasar Bulu Biri-biri
Istilah16.03.2016
Selamat sejahtera,Apa khabar? Saya ingin bertanya ttg penggunaan kata adjektif yg betul. Tolong terangkan penggunaan 'paling 'yg betul dlm ayat. Adakah ayat -2 di bawah betul? 1. Bilal ialah budak yang paling tinggi sekali di dalam kelas 4M. 2. Bilal ialah budak yang paling tertinggi sekali di dalam kelas 4M. Bolehkah paling dan sekali dalam ayat? Ayat 2: 1) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk. 2) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk-gemuk belaka. Bolehkah perkataan belaka ditulis bersama perkataan tak berganda cth: gemuk belaka?Bgmanakah penggunaan belaka dalam ayat?TQSdr. sowlili, perkataan paling telahpun menunjukkan darjah tertinggi dalam perbadingan sesuatu benda seperti contoh dalam ayat ini. Oleh itu paling tinggi sekali dianggap tidak gramatis. cukup jika ditulis paling tinggi sahaja.Manakala belaka semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~.Tatabahasa05.12.2007

Kembali ke atas