Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sa] | بيسا

Definisi : 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sa] | بيسا

Definisi : Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sa] | بيسا

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar katup-katup, akar memali, Sphenodesma triflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sa] | بيسا

Definisi : 1 zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2 ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb: Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~ kpd masyarakat kita. 3 dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4 ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1 mempunyai zat racun: ular ~. 2 ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bi.sa] | بيسا

Definisi : tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisa

Puisi
 

Encik Isa anak Palembang,
     Dari Patani lalu ke Kelantan;
Sekalian bisa lagi kubuang,
     Inikan pula bisa di badan.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Tiada hilang bisa ular dek menyusur akar.

Bermaksud :

Tiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Mengenai perkataan bisa, rujukan di kamus menunjukkan bahawa ianya mempunya makna berikut: bisa II tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) bisa II Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Adakah perkataan bisa diterima di dalam perbendaharaan Melayu, walaupun seringkali digunakan di dalam pertuturan/penulisan bahasa Indonesia? Apakah ianya sudah dimelayukan and ianya menjadi perkataan Melayu yang rasmi, seperti di dalam Kamus Dewan Edisi Kedua. Saya dapati bahawa ada sekumpulan perkataan/istilah Indonesia yang disenariakan di dalam kamus. Apakah sebabnya perkataan ini disenaraikan, manakali yang lain pula dikecualikan? Maaf jika soalan saya ini dianggap terlalu kasar/tidak beralas. Sekian, terima kasih!
Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Dalam penulisan di Malaysia, sewajarnya menggunakan bahasa Melayu yang rasmi dengan pemilihan kata yang bersesuaian. 
Tatabahasa12.05.2020
lirik lagu - bisa untuk boleh mencintaimu bukan menyintaimu membahanamembahana - ada makna lain - kurang sesuaiLain-lain26.03.2007
Salam, adakah perkataan"bisa" yang bermaksud (boleh) termasuk dalam Bahasa Melayu? Sebab saya tengok banyak lirik lagu Malaysia sekarang pakai perkataan tu, itu bahasa Melayu atau bahasa Indonesia? Sekian Terima Kasih...

Perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” berasal daripada bahasa Indonesia. Namun makna perkataan bisa yang membawa maksud “boleh” juga terakam dalam kamus dengan penanda Id yang membawa maksud perkataan yang berasal daripada bahasa Indonesia.

Lain-lain06.06.2022
Indonesia - boleh /tidak bahasa Indonesia seperti bisa digunakan dalam lagu IndonesiaTidak bolehTatabahasa05.04.2007
Saya mempunyai beberapa pertanyaan dan cadangan. 1. Adakah perkataan-perkataan yang bertanda “id” seperti perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” dikira sebagai kata pinjaman dari bahasa Indonesia dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu? 2. Adakah perkataan “karna” yang bertanda bp merupakan kata serapan dari bahasa Indonesia? Atau ianya bahasa percakapan dalam kalangan penutur bahasa Melayu? 3. Adakah perkataan “apakah” dan “adakah” mempunyai makna yang sama? 3. Saya ingin mencadangkan kepada pihak DPB untuk menyerap dan merakamkan perkataan “ghibah” yang bermaksud mengumpat dalam bahasa Arab di dalam Kamus Dewan sebagai alternatif/sinonim bagi perkataan “umpat”.1. Bahasa Indonesia (yang berlabel Id dalam kamus DBP) dikategorikan sebagai bahasa serumpun dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Melayu. Pengguna bahasa boleh menggunakan kata-kata daripada bahasa serumpun tersebut dalam berkomunikasi, yang sesuai dengan khalayak, makna dan konteksnya.

2. Kata karna dalam kamus terbitan DBP ialah penggunaan masyarakat dalam bahasa percakapan atau bahasa basahan dalam bahasa Melayu.

3. Kata apakah dan adakah tidak mempunyai makna yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 11 dan 124) dan Tatabahasa Dewan.

4. Kata ghibah telah pun terakam dalam kamus terkini terbitan DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 684) seperti yang berikut:

ghibah
kata nama
kata-kata yang dituturkan untuk memburuk-burukkan orang lain di belakangnya, biasanya boleh menimbulkan kemarahan, dendam dan sebagainya; umpat:
Islam mengharamkan ghibah kerana boleh mengakibatkan perbalahan dan menimbulkan permusuhan.
Makna27.05.2023
Saya mahu tahu imbuhan bagi perkataan ubah. Bolehkan menulis merubah?? Adakah imbuhan 'mer'? Setahu saya hanya ada mengubah. Dalam lirik lagu Siti - Bukan Cinta Biasa ada menggunakan ejaan merubah. Contoh: Andai ku bisa merubah semua Hingga tiada orang terlukaTidak ada imbuhan mer_.  Imbuhan yang betul ialah meng-  --> mengubahEjaan21.05.2014
Ahmad Suyuti KHA 6.30 PTG selamat sore, saya mahu bertanya terkait padanan istilah. sudah adakah senarai istilah semasa (padanan istilah baharu Inggeris-Melayu)? semacam swafoto untuk "selfie" dan semacamnya. adakah senarai yang bisa saya rujuk? mohon informasinya. terima kasih.Tuan, istilah semasa DBP disebarkan dalam pelbagai medium termasuklah majalah keluaran DBP, Facebook DBP dan media elektronik seperti radio dan televisyen.Istilah14.09.2017
Adakah 'pereda' membawa apa-apa maksud jika ia digunakan di dalam sebuah puisi. Kata asalnya REDA. Namun dalam puisi tersebut ditambah imbuhan PE dengan menjadikannya PEREDA. Contoh : Dalam kelam malam seorang ibu menjadi PEREDA tangisan anak-anak tatkala kilat garang di luar"Pereda" ada membawa maksud.  Bukan sekadar dalam puisi, bahkan digunakan dalam penulisan pelbagai bidang termasuk bidang sains.  Contohnya: Antidote bermaksud ubatan untuk menjadi penawar atau pereda kesan bisa atau keracunan sesuatu.Lain-lain31.05.2016
Lampiran fail di bawah merupakan kekeliruan saya tentang soalan di bawah atas penjelasan yang diberi oleh guru di sekolah.1. Kata dengan dalam ayat tersebut bermaksud bersama-sama. Kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam ayat bergantung pada maksud yang hendak disampaikan.2. Tidak salah jika perkataan perkara digandakan dalam ayat tersebut. 3. Perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah halaman. 4. Maksud alah bisa tegal biasa ialah segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa. Kedua-dua situasi tiada kaitan dengan maksud peribahasa tersebut.     Tatabahasa22.05.2008
apakah maksud sahabatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.Ejaan28.02.2015
12

Kembali ke atas