Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.si/] | بيسيق

Definisi : bisik-bisik desas-desus: ada ~ mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi; berbisik, berbisik-bisik 1. bercakap dgn suara yg perlahan (kpd seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya): dia memanggil dgn suara yg sangat perlahan, spt orang ~ bunyinya; 2. = bisik-bisik secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang): mereka berbincang dgn cara bisik-bisik; 3. ki berhembus dgn bunyi yg perlahan (bkn angin): malam yg hening, terdengar angin ~; ~ kedengaran, berimbau kelampauan prb sangat dekat antara orang yg bercakap dgn orang yg mendengar;membisiki bercakap kpd seseorang dgn berbisik, memberitahu sesuatu kpd orang secara diam-diam: segera datang kawan saya ~ saya;membisikkan 1. memberitahukan dgn berbisik, memberitahukan dgn diam-diam: ia membongkok dan ~ sesuatu ke telinga anaknya; 2. mengucapkan sesuatu dgn suara yg perlahan: ~ kalimah syahadat; ~ doa; 3. mengilhamkan (dlm hati); bisikan 1. sesuatu yg dibisikkan; 2. perihal membisiki atau membisikkan; ~ hati kata hati; ~ gajah Kl bisikan yg dapat didengar orang lain; 3. ilham;pembisik 1. orang yg berbisik; 2. Id orang yg mengatakan apa yg harus diucapkan oleh pemain dlm sandiwara; 3. orang yg membacakan skrip (drama, teater, filem dsb) dgn perlahan kpd pelakon yg terlupa akan dialog semasa pementasan, penggambaran dsb diadakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.si/] | بيسيق

Definisi : suara yg perlahan: Aku terdengar-dengar ~ rayunya yg manja. berbisik 1 bercakap dgn suara yg perlahan: Saya ~ kpdnya supaya tidak didengar orang apa-apa yg saya katakan itu. 2 dgn diam-diam sehingga tidak diketahui atau tidak didengar orang: Mereka bermuafakat hendak pergi makan angin dgn ~ saja. membisiki memberitahu seseorang dgn diam-diam: Ia ~ adiknya supaya tidak bercakap terlalu kuat. membisikkan mengatakan sesuatu dgn perlahan; memberitahukan sesuatu dgn berbisik: Dia ~ sesuatu kpd pengawal itu. bisikan 1 sesuatu yg dibisikkan. 2 apa-apa yg menggerakkan hati; ilham. ~ hati ki suara dr hati kecil; kata hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada 2 pertanyaan: 1. Adakah perkataan ku perlu dirapatkan seperti; bisikku atau bisik ku? ku tanya ? 2. tanda baya dalam dialog adakah perkataan selepas itu huruf besar atau kecil? "Jangan masuk ke dalam kelas." Dia/dia? "Apa nama awak?" Tanya Cikgu Ramlah ATAU tanya1. ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri. Perlu dieja rapat. Penggunaan yang betul ialah kuingat, kudengar, kuterima, kuingin, kubaca, rumahku, kekasihku, adikku dan sebagainya.

2. Soalan yang dikemukakan tidak difahami. 

3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tatabahasa bahasa Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa31.07.2021
Selamat pagi. Saya ada beberapa kemusykilan. Jika di dalam dialog perbualan, pembuka kata dan penutup kata digunakan untuk menunjukkan sesuatu ayat itu ialah perbualan. Bagaimana pula jika ayat tersebut merupakan kata-kata di dalam hati? Cthnya: "Pelik," bisik hatiku. "Kenapa pintu pagar terbuka?" tanyaku sendiri. Bagaimana cara yang betul untuk ditulis? terima kasihMonolog ditulis dengan tanda petik tunggal (' ') seperti 'Pelik,' bisik hatiku. 'Kenapa pintu pagar terbuka?' tanyaku sendiri.Tatabahasa25.02.2015
tanda ' dalam bahasa Melayu disebut sebagai apa dan untuk apa? Terima kasih

Dalam bahasa Melayu, tanda ‘ disebut sebagai tanda petik tunggal. Tanda ini digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya, “Amboi! Sejak menjadi ‘orang kaya baharu’, batang hidungnya pun tak nampak,” sindir Hashim.

 

Dalam penulisan teks sastera, tanda petik tunggal ini menunjukkan kata-kata dalam hati atau bisikan hati. Contohnya, ‘Mesti ibu gembira dengan pemberianku ini,’ bisik hati Ayu sebaik-baik sahaja memberikan hadiah ulang tahun kelahiran kepada ibunya.

 

Tanda petik “ ” pula digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a)  Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contohnya, “Bila sampai?” tanya Husin.

Bagi bahan petikan yang lebih daripada satu para dan petikan itu bersambung, tanda buka petikan ditulis pada permulaan ayat para pertama dan tanda tutup petikan pada akhir ayat para akhir.

(b)   Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contohnya, Sajak “Dewi Malam”, karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.

       (c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contohnya, Amin sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini.
Ejaan16.02.2014
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman?

Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada  boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman.

Monolog (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan.

Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu.

Sastera26.07.2012

Kembali ke atas