Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.si.kan]/[bi.si/.kan] | بيسيقن

Definisi : desas-desus: ada ~ mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.si.kan]/[bi.si/.kan] | بيسيقن

Definisi : 1. sesuatu yg dibisikkan; 2. perihal membisiki atau membisikkan; ~ hati kata hati; ~ gajah Kl bisikan yg dapat didengar orang lain; 3. ilham; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.si.kan]/[bi.si/.kan] | بيسيقن

Definisi : 1 sesuatu yg dibisikkan. 2 apa-apa yg menggerakkan hati; ilham. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tanda ' dalam bahasa Melayu disebut sebagai apa dan untuk apa? Terima kasih

Dalam bahasa Melayu, tanda ‘ disebut sebagai tanda petik tunggal. Tanda ini digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya, “Amboi! Sejak menjadi ‘orang kaya baharu’, batang hidungnya pun tak nampak,” sindir Hashim.

 

Dalam penulisan teks sastera, tanda petik tunggal ini menunjukkan kata-kata dalam hati atau bisikan hati. Contohnya, ‘Mesti ibu gembira dengan pemberianku ini,’ bisik hati Ayu sebaik-baik sahaja memberikan hadiah ulang tahun kelahiran kepada ibunya.

 

Tanda petik “ ” pula digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a)  Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contohnya, “Bila sampai?” tanya Husin.

Bagi bahan petikan yang lebih daripada satu para dan petikan itu bersambung, tanda buka petikan ditulis pada permulaan ayat para pertama dan tanda tutup petikan pada akhir ayat para akhir.

(b)   Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contohnya, Sajak “Dewi Malam”, karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.

       (c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contohnya, Amin sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini.
Ejaan16.02.2014

Kembali ke atas