Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1. bunyi yg memekakkan telinga, riuh, hingar: ~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar; walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang; 2. pekak telinga (kerana riuh dll): ~ telingaku;membising berbunyi bising: dr rumah kedengaran bunyi gelak ~; membisingi menyebabkan bising pd seseorang: bapanya selalu ~ ibunya;membisingkan menyebabkan bising; kebisingan perihal bising. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1 suara atau bunyi yg menyebabkan tidak dpt mendengar dgn jelas: Kita tidak boleh berbuat ~ di perpustakaan. 2 berasa seakan-akan pekak kerana mendengar bunyi yg riub-rendah: ~ telingaku mendengar pekikanmu tadi. membising membuat bising; berbunyi bising. membisingkan menyebabkan bising. kebisingan keadaan bising; keriuhan: ~ yg dibuat oleh orang yg merayakan sesuatu perayaan itu dpt mengganggu tetangga dan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bising

Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) jangan membuat bising 2) jangan berbuat bising. mana satu betul?.

Ayat yang betul ialah Jangan bising. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir, halaman 181)

Tatabahasa11.05.2011
Salam tuan, Mana satu yang tepat : a) berbuat bising b) membuat bising c) para hadirin yang saya muliakan d) hadirin yang saya muliakan e) tuan-tuan dan puan-puan sekalian

b). membuat bising. c dan d kedua-duanya boleh digunakan. e juga betul.

Tatabahasa27.02.2010
Salam sejahtera. "Membuat bising" atau "berbuat bising" yang mana betul?

Salam Sejahtera.  Kedua-dua kata kerja tersebut boleh digunakan.  Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa19.06.2017
Jangan membuat bising di dalam kelas. Jangan berbuat bising di dalam kelas. Saya nak tanya manakah salah dan betul?Minta Tuan memberikan penjelasan.Terima kasih

Penggunaan kata kerja yang paling tepat ialah berbuat bising. Hal ini kerana, kata kerja berbuat tergolong dalam kata kerja tak transitif, iaitu boleh berdiri tanpa objek sebagai pelengkap.

Manakala, kata kerja membuat pula tergolong dalam kata kerja transitif kerana memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai pelengkap.

Tatabahasa11.01.2021
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih.1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut.
2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai.
3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan.
Tatabahasa05.03.2012
Adakah pekerjaan/proses kerja semasa anda melibatkan *alat yang menghasilkan bunyi bising ATAU mendedahkan anda kepada bunyi bising yang memerlukan anda meninggikan suara anda apabila bercakap dengan orang lain sepanjang minggu kerja anda? (*cth: mesin rumput, panyelenggara mesin/enjin/jentera, mesin pengabutan dsb) Adakah bahasa soalan di atas betul ?Soalan yang diberikan merupakan sebahagian daripada kandungan dokumen soal selidik. Untuk makluman pihak tuan, DBP menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/ Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tersebut kepada fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan11.08.2022
salam soalan saya. betul atau tidak ayat di bawah. Harap jangan bising ketika berada di dalam perpustakaan. jika salah boleh tuan maklumkan sebabnya.Ayat yang lebih gramatis "Jangan bising ketika berada di dalam perpustakaan".Tatabahasa07.07.2015
Yang manakah yang betul? 1 Nama pelajar-pelajar yang mengambil bahagian telah disenarikan. 2 Nama-nama pelajar yang mengambil bahagian telah disenaraikan? 3 Jangan bising di dalam kelas. 4 Jangan buat bising di dalam kelas. 5 Jangan berbising di dalam kelas. (Kalau bukan 345, tolong berikan ayat yang betul bersamaan dengan don't make noise in class.) 6 Adakah meningkah dan menyampuk kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif?Yang betul ialah 'Nama-nama pelajar' dan 'Jangan bising'.  Perkataan meningkah intransitif dan perkataan   menyampuk ialah kata kerja transitif.  Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Tatabahasa28.04.2009
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan yang telah saudara berikan sebelum ini mengenai perkataan kata ganda "hingar-bingar". Namun saya masih keliru kerana berdasarkan kamus dewan edisi keempat, m.s 538 (hingar) dan m.s 189 (bingar) menunjukkan yang ia bukan kata ganda.Perkataan hingar dan bingar mempunyai makna tersendiri, iaitu sangat bising dan bising. Oleh itu perkataan ini bukan kata ganda. Mohon maaf atas kekeliruan yang timbul sebelum ini.    Tatabahasa25.06.2008
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak.

Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian.

 TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih.

sebagai akibat hujan lebat -  seharusnya ditulis akibat hujan lebat.

memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan.

amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya

menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak.

Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh.

 

Tatabahasa10.07.2009
1234

Kembali ke atas