Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1. bunyi yg memekakkan telinga, riuh, hingar: ~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar; walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang; 2. pekak telinga (kerana riuh dll): ~ telingaku;membising berbunyi bising: dr rumah kedengaran bunyi gelak ~; membisingi menyebabkan bising pd seseorang: bapanya selalu ~ ibunya;membisingkan menyebabkan bising; kebisingan perihal bising. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1 suara atau bunyi yg menyebabkan tidak dpt mendengar dgn jelas: Kita tidak boleh berbuat ~ di perpustakaan. 2 berasa seakan-akan pekak kerana mendengar bunyi yg riub-rendah: ~ telingaku mendengar pekikanmu tadi. membising membuat bising; berbunyi bising. membisingkan menyebabkan bising. kebisingan keadaan bising; keriuhan: ~ yg dibuat oleh orang yg merayakan sesuatu perayaan itu dpt mengganggu tetangga dan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bising

Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
propeller noisebising baling-balingbising kipasbising bebalingKejuruteraan Kapal Terbang
noise traumatrauma bisingtrauma bisingtrauma bisingPerubatan
noise dosedoses bisingdos hingar/bisingdos bising/hingarPerubatan
signal-to-noise rationisbah isyarat bisingnisbah isyarat bisingnisbah isyarat bisingPerubatan
noise emission leveltingkat emisi bisingaras pengeluaran hingararas pengeluaran bising/hingarPerubatan
noise-induced hearing losskehilangan pendengaran akibat kebisingankehilangan pendengaran disebabkan bunyi bisingkehilangan pendengaran disebabkan bunyi bisingKejuruteraan
noise-induced hearing losskehilangan pendengaran akibat kebisingankehilangan pendengaran disebabkan bunyi bisingkehilangan pendengaran disebabkan bunyi bisingKejuruteraan
heart murmursbising jantungTiadadesiran hatiPerubatan
abdominal bruitbising perutbruit abdomenbruit abdomenPerubatan
noise pollutionpolisi bisingpencemaran bunyipencemaran bunyiPerubatan
12

Kembali ke atas