Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bis.kut] | بيسکوت

Definisi : sj kuih kering yg dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bis.kut] | بيسکوت

Definisi : sj kuih kering yg biasanya leper dan tipis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biskut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah kata-kata ganda berikut boleh diterima? 1. makanan-makanan 2. biskut-biskut 3. kerepek-kerepek 4. tangan-tangan 5. lelaki-lelaki 6. benda-benda Kalau sesetengah kata ganda tidak boleh diterima. Apakah sebabnya? Adakah semua benda atau kata nama boleh digandakan? Apakah syarat untuk menggandakan sesuatu perkataan? Sekian, terima kasih.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Perkataan dalam contoh yang diberikan boleh digandakan. Sungguhpun begitu, tidak semua kata boleh digandakan.

Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu:  

Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. 
Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. 
Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa12.09.2017
KEDAI BISKUT TRANDISIONAL Hock kee confectionery (M) Sdn Bhd (1245883-K)Sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun Pelanggan bagi pelanggan baharu, pilih Daftar Iklan dan buat bayaran berdasarkan jenis iklan yang dimohon.Lain-lain01.11.2017
Beribu kotak biskut disumbangkan kepada mangsa banjir kawasan itu. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat itu??Frasa yang betul ialah Beribu-ribu.Tatabahasa23.07.2013
Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'?Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya.


Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus.
Makna29.07.2013
Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya?Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak.Tatabahasa31.07.2012
Saya suka akan biskut yang rangup Peter mencuba membuka penutup botol itu Adakah kedua-dua ayat ini betul..Ayat yang betul ialah "Saya suka akan biskut yang rangup." dan "Peter cuba membuka penutup botol itu."Tatabahasa23.08.2013
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih.Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan.

Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan".

Terima kasih.
Tatabahasa22.05.2017
1. Adakah ayat (a) di bawah betul? Bolehkan 'segera' diletakkan selepas 'Mereka'? Jika tidak, mengapa? (a) Mereka segera pergi ke kedai itu. (b) Mereka pergi ke kedai itu dengan segera. 2. Di dalam suatu gambar, perkataan 'Fresh Cookies Every Day' dipaparkan. Tetapi teks untuk bacaan adalah seperti berikut: Dia membaca papan tanda di kedai itu: "Biskut baru setiap hari." Adakah 'biskut baru' itu betul ataupun 'biskut segar'? Bolehkah biskut dikatakan 'segar'? 3. Apakah perbezaan 'ialah' dan 'adalah'? Bagaimanakah ia digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab dalam 1 atau 2 hari. Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut betul. (a) Mereka segera pergi ke kedai itu. (b) Mereka pergi ke kedai itu dengan segera. Terjemahan bagi fresh cookies ialah "biskut baru". Perkataan "biskut segar" tidak sesuai. Kedua-dua ialah dan adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya: Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara kita.  Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. contoh: Kenyataan daripada pegawai undang-undang itu adalah sangat penting. Tatabahasa23.04.2011
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)?

Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan:
Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk  berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan).

·     Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak;  biskut yang sudah hapak.
Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan:

   Garing ialah keras tetapi rapuh  seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup.
Makna06.04.2014
MBI INTERNATIONAL KILANG BISKUT BENG HEONG SDN. BHD. NO. SYARIKAT (494937-D)Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar pelanggan bagi pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan dan tatacara seterusnya boleh dirujuk dalam laman web berkenaan.Lain-lain11.01.2018
123

Kembali ke atas