Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisnes


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bisnesperniagaanLain-lain27.05.2008
"Sebagai pihak bank,kami pastikan bisnes kami adalah mengenali perniagaan anda" Bolehkan perkataan "bisnes" di dalam konteks ayat di atas digunakan atau perlu digantikan dengan perktaan "perniagaan". Terima kasih.Perkataan bisnes tidak diterima dalam bahasa sebagai padanan bagi business. Kami mencadangkan ayat yang sesuai ialah "Sebagai pihak bank, kami memastikan perkhidmatan kami adalah untuk mengenali perniagaan anda."Tatabahasa24.09.2013
Perisian Bisnes TerunggulPerniagaanLain-lain18.06.2008
Bijak Bisnes AHA 5.37 PTG Bijak Bisnes Assalamualaikum.. Ape yg dimaksudkan dgn bahasa 'sarkastik' ?Sarkastik bermaksud bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang. Bahasa sarkastik ialah unsur bahasa yang digunakan dalam menyampaikan maksud sindiran.Makna10.09.2017
Terdapat Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang memohon untuk menjalankan program dengan nama Diploma Pengurusan Bisnes. Soalan saya, adakah perkataan 'bisnes' ini diiktiraf di dalam kamus Melayu? Sekiranya nama program tersebut diluluskan, adakah nama tersebut akan memberi kesan negatif kepada Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Padanan business dalam bahasa Melayu ialah perniagaan. Ini bermakna perkataan bisnes bukanlah bahasa yang standard, hanyalah digunakan dalam bahasa percakapan yang banyak dipengaruhi bahasa Inggeris.Istilah15.01.2015
BISNESS DAN SMEISTILAH BISNES TIDAK DITERIMA SEBAGAI PADANAN BAHASA MELAYU UNTUK BUSINESS. ISTILAH BAHASA MELAYU YANG DITERIMA IALAH PERNIAGAAN. PENGGUNAAN ISTILAH BISNES DALAM MEDIA CETAK, MEDIA MASSA DAN SEBAGAINYA ADALAH DI LUAR BIDANG KUASA DBP DAN MEREKA TIDAK MEMINTA KHIDMAT NASIHAT DBP. SEKIRANYA PERKATAAN ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENGIKLANAN (PAPAN TANDA, GEGANTUNG, SEPANDUK DAN SEBAGAINYA) DI KUALA LUMPUR, PERLU MENDAPAT PENGESAHAN DBP, KERANA DBKL TIDAK AKAN MELULUSKAN BAHAN IKLAN TERSEBUT SELAGI TIDAK DISAHKAN OLEH DBP. WALAU BAGAIMANAPUN, SEKIRANYA ISTILAH BISNES IALAH CAP DAGANG, BOLEH DIGUNAKAN DI MANA-MANA SAHAJA. ISTILAH INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) TELAH LAMA DI TERIMA PAKAI DAN TELAH MANTAP PENGGUNAANYA. SME IALAH SINGKATAN BAHASA INGGERIS DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.Istilah07.03.2011
perkataan 'BISNES' boleh digunakan dalam bahasa melayu atau tidak ?Padanan business dalam bahasa Melayu ialah perniagaan. Ini bermakna perkataan bisnes bukanlah bahasa yang standard, hanyalah digunakan dalam bahasa percakapan yang banyak dipengaruhi bahasa Inggeris.Makna28.09.2017
Mohon pandangan untuk terjemahan perkataan Business Intelligence dalam konteks teknologi maklumat. Dalam penulisan tesis saya mengunakan terjemahan 'risikan bisnes'. Berikut adalah antara cotoh definisi Business Intelligence, "risikan bisnes merupakan satu set alat bersepadu, teknologi dan produk yang diprogramkan, yang digunakan untuk mengumpul, mengintegrasikan, menganalisis dan mengubah data kepada maklumat. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membolehkan pembuatan keputusan bisnes yang efektif (Yeoh & Koronios 2010)." Terima kasih.Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan perniagaan.Istilah08.10.2012
Salam. saya nak tanya. Adakah perkataan 'bisnes' telah didaftarkan sebagai bahasa melayu. terima kasih.Waalaikumsalam. Perkataan "bisnes" tidak diterima dalam bahasa Melayu (padanan bahasa Melayu bagi "business" ialah "perniagaan"). Perkataan "busines" bukan bahasa standard, hanya digunakan dalam bahasa percakapan yang banyak dipengaruhi bahasa Inggeris.Istilah15.04.2015
Assalamualaikum. Adakah istilah 'specialist healthcare business' sesuai diterjemahkan sebagai 'bisnes kesihatan pakar' atau adakah terjemahan 'bisnes penjagaan kesihatan pakar' lebih tepat, atau adakah terjemahan lain yang lebih sesuai dan tepat? Terima kasih.Terjemahan yang sesuai untuk "specialisy healthcare business" ialah perniagaan pakar penjagaan kesihatan.Makna26.03.2019
123

Kembali ke atas