Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.su] | بيسو

Definisi : tidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu; ~ tuli bisu dan tuli; filem ~ filem yg tidak bersuara; bagai si ~ berasian, terasa ada terkatakan tidak prb tidak dapat mengatakan sesuatu walaupun tahu; yg ~ penggera (penghalau) ayam prb seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya;berbisu berdiam diri, tidak mahu bercakap;membisu berdiam diri, tidak mahu bercakap, tidak memberi khabar: ia diam ~;kebisuan 1. keadaan bisu: ~nya berpunca drpd kerosakan organ pertuturannya; 2. keadaan sunyi sepi kerana orang-orang yg berada di sesuatu tempat itu membisu: dlm ~ itu, aku mulai berasa hairan dan bingung;pembisuan perihal (sikap) membisu: ~ orang-orangnya ditafsirkan sbg satu persetujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.su] | بيسو

Definisi : tidak dpt berkata-kata kerana rosak alat pengucapannya atau kerana tuli sejak lahir; kelu. ~ tuli tidak dpt berkata serta tidak dpt mendengar. membisu sengaja tidak mahu berkata-kata; sengaja mendiamkan diri: Pemimpin itu memandang tepat pd orang-orang yg sedang ~ di hadapannya. kebisuan hal atau keadaan bisu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisu

Peribahasa

Sebagai si bisu berasian (= bermimpi),
     terasa ada terkatakan tidak.

Bermaksud :

Tak dapat mengatakan meskipun tahu atau mengerti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan BM untuk istilah "mute" dan "unmute" dalam konteks aplikasi komunikasi?Terjemahan yang sesuai bagi mute daripada bidang komunikasi ialah bisu, manakala unmute ialah tidak bisuMakna03.11.2020
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima

1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan.

Tatabahasa17.03.2010
assalamualaikum saya inginkan bantuan petikan mungkin daripada hikayat malim deman " yang capek datang bertongkat, yang bisu leka bertanya ..... minta tolong berikan yang lengkap dan emilkan kepada saya. sekian terima kasih

Terima kasih atas soalan anda,

Oleh kerana keterbatasan ruang untuk menyambung perenggan dari petikan Hikayat Malim Deman, pihak kami mencadangkan agar anda terus membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekian,Terima Kasih 

Lain-lain07.03.2010
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu.Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. Tatabahasa28.07.2008
maksud televisyen,video dan filem

Sdr. boleh membuat carian kata melalui kamus yang tersedia di laman khidmat DBP. Definisi bagi pertanyaan sdr. adalah seperti berikut;

Televisyen ; proses penyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya.

Video ; alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen). 2 = pita ~ pita bermagnet utk merakamkan filem dr televisyen dsb. 3 = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video (dpt ditayangkan di televisyen

Filem ; benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi;memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~.

Definisi adalah dirujuk dari Kamus Dewan.

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain05.05.2008

Kembali ke atas