Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (sj ubi); ~ gula bit putih yg dibuat gula; ~ merah sj bit merah yg dibuat sayur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ~ gula nama sj tumbuh-tumbuhan yg ubinya dpt dibuat gula, Beta vulgaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bit I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bit depthkedalaman bitTeknologi MaklumatTiadaBilangan bit yang digunakan untuk mewakili paras kelabu warna setiap piksel dalam fail grafik atau mewakili kekuatan suara dalam fail audio. Semakin tinggi nilai ini, semakin berkualiti grafik atau audio tersebut. Kebiasaannya kedalaman bit grafik ialah 4-bit, 8-bit, 16-bit, 24-bit dan 32-bit. Sementara ke dalam bit audio biasanya 8-bit dan 16-bit. Contohnya, kedalaman 16-bit memberikan 65,536 pilihan warna.
display depthkedalaman paparanTeknologi MaklumatTiadaBilangan bit yang mewakili setiap piksel. Contohnya 2-bit, 8-bit dan16-bit. Piksel warna RGB menggunakan kedalaman 8-bit.
undergauge bitbit bawah tolakKimiaTiadaBit penggerudian yang garis pusat luarnya telah haus sehingga menjadi lebih kecil daripada spesifikasi bit yang dibenarkan oleh piawaian, biasanya oleh piawaian API. Contohnya, bit yang bergaris pusat luar 6 7/8 inci, setelah digunakan untuk beberapa lama, garis pusat luarnya menjadi 6 5/8 inci. Bit yang bergaris pusat 6 5/8 inci tersebut dikenali sebagai bit bawah tolok.
undergauge bitbit bawah tolakKejuruteraanPetroleumBit penggerudian yang garis pusat luarnya telah haus sehingga menjadi lebih kecil daripada spesifikasi bit yang dibenarkan oleh piawaian, biasanya oleh piawaian API. Contohnya, bit yang bergaris pusat luar 6 7/8 inci, setelah digunakan untuk beberapa lama, garis pusat luarnya menjadi 6 5/8 inci. Bit yang bergaris pusat 6 5/8 inci tersebut dikenali sebagai bit bawah tolok.
bitmap imageimej peta bitTeknologi MaklumatTiadaImej yang dicipta dalam bentuk peta bit. Setiap bit dalam peta bit akan mewakili satu piksel pada skrin monokrom. Manakala bagi skrin kelabu atau warna, beberapa bit dalam peta bit akan mewakili satu piksel atau sekumpulan piksel pada skrin. Antara contoh fail imej peta bit ialah fail yang berakhir dengan ‘.bmp’, ‘.pcx’, ‘.pict’, ‘.tif’ atau ‘pict-2’.
bitmap graphicsgrafik peta bitTeknologi MaklumatTiadaGrafik yang dicipta dalam bentuk peta bit. Setiap bit dalam peta bit akan mewakili satu piksel pada skrin monokrom. Manakala bagi skrin kelabu atau warna, beberapa bit dalam peta bit akan mewakili satu piksel atau sekumpulan piksel pada skrin. Sinonim grafik raster.
parity bitbit paritiKejuruteraanTiada1. Bit tambahan yang digunakan bersama-sama aksara komputer atau pemproses data saluran elektronik untuk menyemak ketepatan.,2. Digit perduaan yang ditambah kepada set atau susunan bit untuk menjadikan hasil tambah semua bit sentiasa ganjil atau sentiasa genap.
tricone bitbit trikonKejuruteraanTiadaBit yang mempunyai tiga kon bermata pemotong yang akan berputar apabila bit dipusing.
face discharge bitbit luahan muka/bit luahan bawahKejuruteraanKejuruteraan MekanikMata alat yang digunakan untuk menggerudi batu-batan lembut. Mata alat ini mempunyai liang-liang membujur yang membolehkan cecair penyejuk dialirkan ke permukaan pemotongan. Bit luahan muka dikenali juga sebagai mata alat luahan bawah.
bitbitTeknologi MaklumatPerisianPerwakilan asas data digital yang hanya mengambil dua nilai atau bentuk, iaitu 0 dan 1. Bit digunakan bagi mengukur saiz storan itu sendiri ataupun saiz storan yang diperlukan dalam operasi pengkomputeran. Satu bait terdiri daripada lapan bit. Satu kilobit adalah bersamaan dengan 1024 bit.
12345678910...

Kembali ke atas