Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.tis] | بيتيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kayu belian, Madhuca spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bitis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bitisbitisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama paiwai bagi kayu Madhuca spp. dan Palaquium spp. daripada famili Sapotaceae. nama lain di Semenanjung ialah kayu belian, dan spesies utama kayu bitis termasuk Madhuca spp. Palaquium ridleyi, dan P. stellatum. Di Sabah dan Sarawak kayu ini tidak dibezakan daripada kayu nyatuh, malahan didagangkan sebagai kayu nyatuh. Gubal kayu bitis biasanya berwarna coklat kuning atau coklat merah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya berwarna coklat merah atau berwarna lebih tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 820 hingga 1200 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu bitis sukar dikerjakan, lambat mengering, mudah retak. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan berat, jambatan, dermaga, cerucuk, tiang, kayu landasan kereta api, dan lantai parket.
trestlepenopangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRangka kayu yang terdiri daripada bahagian mendatar yang biasanya disokong oleh dua kaki condong, dan diperkuat dengan kayu silang. Penopang berfungsi menyangga binaan seperti bagan, jambatan, jeti atau pelantar di tepi sungai. Binaan ini biasanya terendam di dalam air dan memerlukan kayu yang tahan lama dan diawet, seperti cengal, bitis, belian, keruing, dan bakau.

Kembali ke atas