Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.wa] | بيوا

Definisi : sj gitar tradisional orang Jepun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biwa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biwabiwaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Jepun yang diklasifikasikan sebagai kofdofon. Biwa ialah lut yang dipetik. Badannya berbentuk bujur dan berleher pendek, serta mempunyai beberapa fret yang tinggi dan tertonjol. Biwa mempunyai empat tali logam yang dipetik dengan jari dan dimainkan dalam orkestra gagaku bagi mengiringi cerita yang dinyanyikan.

heike-biwaheike-biwaMuzikTiada

 Tradisi vokal Jepun yang wujud pada abad ke-12 dan abad ke-13. Tradisi vokal ini diiringi lut biwa. Lirik puisinya tentang peperangan, sementara melodinya menggunakan formula tertentu berdasarkan canta Buddha.

biwa (Jp)biwaKesenianTiadaGitar tradisional Jepun.
bugakubugakuMuzikTiadaTarian istana dari Jepun yang diiringi oleh ensembel gagaku. Alat muzik dalam tarian bugaku termasuk biwa, koto, hichiriki, sho, daiko, shoko dan kakko.
gagakugagakuMuzikTiadaEnsembel muzik yang dipersembahkan dalam upacara di istana Jepun. Gagaku yang mengiringi tarian dikenali seba­gai bugaku sementara gagaku yang dipersembahkan secara instrumental dikenali sebagai kangen. Ensembel gagaku dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu komagaku dan togaku. Alat muzik yang terlibat termasuklah koto, biwa, kakko, daiko, hichiriki, ryuteki, dan komabue. Gagaku bermaksud mu­zik yang halus (elegan), dan mempunyai fungsi yang sama dengan yen yue di China dan aak di Korea. Lihat juga koma­gaku, togaku.

Kembali ke atas