Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bkn


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya hanya rujuk pada Kamus Dewan Online daripada DBP, apakah makna singkatan "bkn"?Untuk makluman, bkn merupakan kependekan bagi berkenaan (dengan).  Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, muka surat li, yang mengandungi senarai kependekan yang digunakan di dalam kamus untuk memudahkan pengguna memahami kependekan tersebut.Ejaan27.02.2013
Apa makna perkataan "matang"Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, matang bermaksud 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll);Makna01.09.2010
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong.

Istilah21.10.2009
MAKNA PERKATAAN DALAM KAMUS DEWAN

Perkataan bermaksud  1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata. Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna17.04.2009
Apakah kata dasar bagi perkataan 'mengawan' (melakukan hubungan jenis [bkn binatang]) dan kata dasar bagi perkataan 'mengaji'. Adakah perkataan mengaji terdapat dalam bahasa Melayu standard?Mengawan bagi maksud melakukan hubungan jenis (berkenaan binatang) ialah akar kata, bukan kata terbitan daripada akar kata awan menjadi mengawan yang bermaksud menyerupai awan.Istilah11.09.2017
Apakah kelas kata bagi xenomorf?(xénomorf) (Geo) (bkn batu igneus) tidak mempunyai ciri bentuk hablur disebabkan tekanan drpd mineral yg berdekatan: bentuk ~. Maknanya, perkataan tersebut kata nama.Lain-lain15.03.2015
maksud sempitMaksud sempit ialah tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan).Makna03.08.2010
apakah konotasi untuk leksikal 'besar'?Léksikal (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa;  makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). T.kasih.Makna11.08.2008
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Lain-lain04.09.2010
mampan,Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian dan atau prestasi yang baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb).Makna26.01.2007
12345678910

Kembali ke atas