Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[blok] | بلوک

Definisi : gabungan (negara, parti, dll) yg sama kepentingannya dan yg bertindak ke atas isu tertentu: kedua-dua negara yg berselisih itu bersabit dgn ~-~ dunia; perselisihan antara ~ Barat dan ~ komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : bongkah kayu, logam atau bahan lain yg mempunyai reka bentuk timbul terguris, atau terukir, digunakan utk mencetak atau mengecap kulit buku dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : 1. bangunan besar yg di dalamnya terdapat beberapa unit rumah, pejabat, asrama, kedai dsb dibina secara bertingkat-tingkat atau berderetan: hampir semua penghuni di ~ 135 telah pun lena dibuai mimpi; 2. Id daerah perumahan (bahagian) kampung (kota dll); 3. Id gulungan kain, kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : 1 bongkah atau ketul kayu, batu dsb yg agak besar. 2 kepingan kayu atau logam berukir yg digunakan utk mencetak. 3 deretan beberapa buah rumah yg bersambung. 4 bahagian drpd sesuatu kawasan (kampung dsb) yg dipisahkan oleh jalan. 5 gulungan kain. 6 persatuan beberapa buah negara (parti politik dsb) supaya menjadi lebih kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata blok


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
penyulitan Skipjack (Ig. Skipjack encryption algorithm; Br. algoritma penyulitan Skipjack; Id. algoritma enkripsi Skipjack) Algoritma penyulitan yang digunakan sebagai fungsi penyulitan asas dalam cip Clipper. Algoritma ini ialah suatu sifer blok yang menggunakan kekunci 80 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 32 kitaran penyulitan. Oleh sebab saiz kekunci yang lebih besar dan kitaran penyulitan yang lebih banyak, Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas

Kembali ke atas