Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[blok] | بلوک

Definisi : gabungan (negara, parti, dll) yg sama kepentingannya dan yg bertindak ke atas isu tertentu: kedua-dua negara yg berselisih itu bersabit dgn ~-~ dunia; perselisihan antara ~ Barat dan ~ komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : bongkah kayu, logam atau bahan lain yg mempunyai reka bentuk timbul terguris, atau terukir, digunakan utk mencetak atau mengecap kulit buku dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : 1. bangunan besar yg di dalamnya terdapat beberapa unit rumah, pejabat, asrama, kedai dsb dibina secara bertingkat-tingkat atau berderetan: hampir semua penghuni di ~ 135 telah pun lena dibuai mimpi; 2. Id daerah perumahan (bahagian) kampung (kota dll); 3. Id gulungan kain, kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : 1 bongkah atau ketul kayu, batu dsb yg agak besar. 2 kepingan kayu atau logam berukir yg digunakan utk mencetak. 3 deretan beberapa buah rumah yg bersambung. 4 bahagian drpd sesuatu kawasan (kampung dsb) yg dipisahkan oleh jalan. 5 gulungan kain. 6 persatuan beberapa buah negara (parti politik dsb) supaya menjadi lebih kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata blok


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mosaic structurestruktur mozekKejuruteraanTiadaStruktur hablur yang mengandungi blok-blok mozek yang penjejarannya berbeza beberapa minit lengkuk bulatan sahaja.
cored slabpapak berterasKejuruteraanTiadaPapak yang menyerupai lantai jubin geronggang, dengan blok tanah liat geronggang diganti oleh blok-blok polisterin berbusa atau pembentuk-pembentuk lompang yang lain.
burtonburtonKejuruteraanKejuruteraan MekanikTakal angkat kecil dengan dua buah blok, biasanya blok tunggal dan blok kembar dengan blok cangkuk berada pada tali yang bergerak.
logic designreka bentuk logikKejuruteraanTiadaReka bentuk komputer pada aras yang memperhitungkan operasi setiap blok berangkap dan hubungan di antara blok-blok berangkap itu.
randomized complete block designreka bentuk blok lengkap terawakPertanianAgronomi

Reka bentuk yang terdiri daripada blok rawak yang lengkap dengan semua perlakuan dalam eksperimen. Reka bentuk ini digunakan sekiranya terdapat variasi dalam kawasan kajian. Blok-blok akan dikumpulkan mengikut   kawasan yang mempunyai ciri persamaan supaya variasi kawasan tidak mempengaruhi kesan perlakuan. 

crampkejang; jangkarKejuruteraanTiada2. Sangkar: Alat untuk memerah, dibuat daripada kayu atau logam.,3. Plat logam dengan hujung-hujungnya bengkok, digunakan untuk memegang blok-blok.
synchronous transmissionpenghantaran segerakPendidikanTiadaPenghantaran data dari satu blok ke blok, dan setiap blok didahului dengan satu bentuk perduaan yang unik.
synchronous transmissionpenghantaran segerakTeknologi MaklumatTiadaPenghantaran data dari satu blok ke blok, dan setiap blok didahului dengan satu bentuk perduaan yang unik.
block ciphersifer blokTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan teks biasa sebagai satu unit atau blok. Biasanya, saiz data yang terkandung dalam blok ini adalah tetap dan hasil penyulitan atau penyahsulitan bergantung kepada panjang, kandungan data dan susunan data dalam unit atau blok tersebut. Hasil sifer blok biasanya mempunyai sebaran luar, iaitu kedudukan data asal disamarkan ke seluruh mesej. Sifer blok lali kepada permindaan terlarang kerana sebarang perubahan, walaupun sangat kecil akan menyebabkan kandungan semua blok berubah dengan banyak. Walau bagaimanapun, sistem penyulitan yang mengamalkan sifer blok ini biasanya lebih lambat berbanding sifer alir.
data compressionmampatan data; pemampatan dataKejuruteraanTiadaTeknik yang digunakan untuk mempertingkatkan kecekapan penghantaran dengan mengurangkan bilangan bit maklumat yang perlu dihantar, dilakukan dengan membuang ruang, bahagian yang kosong dan bahan yang belum digunakan, dari blok-blok data.
12345678910...

Kembali ke atas