Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.cor] | بوچور

Definisi : 1. lubang tiris (atap, perahu, dll), lubang pancit (tayar): atap ini sudah ada ~nya; membunuh ~ menutup lubang tiris; 2. berlubang hingga air atau angin dapat tembus, tiris: atap ini sudah ~ benar; 3. terbuka rahsia, sudah diketahui orang (rahsia dll): kertas peperiksaan tahun ini ada yg ~; 4. bp selalu buang air; ~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia, tidak dapat menutup mulut;membocorkan 1. menjadikan bocor (tiris dll); 2. menjadikan diketahui orang (rahsia dll): ada orang yg telah ~ rahsia itu; bocoran 1. lubang yg menyebabkan air atau angin dapat keluar (masuk); 2. air yg keluar atau masuk melalui benda yg bocor;kebocoran 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~;pembocoran perihal (perbuatan) membocorkan: ~ rahsia;pembocor orang yg membocorkan (rahsia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.cor] | بوچور

Definisi : 1 lubang (spt yg terdapat pd atap) yg menyebabkan cecair dpt masuk atau keluar: Atap ini perlu diganti kerana terlalu banyak ~nya. 2 berlubang sehingga air atau angin dpt masuk atau keluar: Baldi yg ~ itu sudah tidak dpt digunakan lagi. 3 sudah diketahui orang lain (ttg sesuatu rahsia): Bagaimana rahsia kita sampai ~ ke pihak musuh? ~ mulut tidak dpt menyimpan rahsia. membocorkan 1 menjadikan bocor atau berlubang: Siapa yg ~ tayar basikalku ini? 2 memberitahukan atau membuka sesuatu rahsia kpd orang lain: Orang yg ~ rahsia kita ini akan menerima balasannya kelak. kebocoran 1 keadaan bocor (ttg sesuatu yg dirahsiakan): Orang yg bertanggungjawab ttg ~ kertas ujian di sekolah itu telah diketahui dan dihukum. 2 memperoleh akibat drpd sesuatu yg bocor; menderita kerana sesuatu yg bocor: Apabila hujan turun, orang itu ~ atap rumahnya dan dia terbangun drpd tidur. pembocoran perbuatan atau hal membocorkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bocor

Peribahasa

Seperti tempayan bocor.

Bermaksud :

Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
londang[lon.doN]kata adjektiflecah dan digenangi air; belondong.Paep ae boco abes londang laman tu.[pAep Ae bo.tSo A.bes lon.dAN lA.mAn tu]Paip air bocor, habis lecah halaman itu.
mangkong[mAN.koNkata namasejenis tukul daripada kayu.Ayah tampal perahu boco dengan mangkong.[A.jAh tAm.pAl p«.ÄA.hu bo.tSo d«.NAn mAN.koN]Ayah menampal perahunya yang bocor dengan menggunakan mangkung.

Kembali ke atas