Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.cor] | بوچور

Definisi : 1. lubang tiris (atap, perahu, dll), lubang pancit (tayar): atap ini sudah ada ~nya; membunuh ~ menutup lubang tiris; 2. berlubang hingga air atau angin dapat tembus, tiris: atap ini sudah ~ benar; 3. terbuka rahsia, sudah diketahui orang (rahsia dll): kertas peperiksaan tahun ini ada yg ~; 4. bp selalu buang air; ~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia, tidak dapat menutup mulut;membocorkan 1. menjadikan bocor (tiris dll); 2. menjadikan diketahui orang (rahsia dll): ada orang yg telah ~ rahsia itu; bocoran 1. lubang yg menyebabkan air atau angin dapat keluar (masuk); 2. air yg keluar atau masuk melalui benda yg bocor;kebocoran 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~;pembocoran perihal (perbuatan) membocorkan: ~ rahsia;pembocor orang yg membocorkan (rahsia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.cor] | بوچور

Definisi : 1 lubang (spt yg terdapat pd atap) yg menyebabkan cecair dpt masuk atau keluar: Atap ini perlu diganti kerana terlalu banyak ~nya. 2 berlubang sehingga air atau angin dpt masuk atau keluar: Baldi yg ~ itu sudah tidak dpt digunakan lagi. 3 sudah diketahui orang lain (ttg sesuatu rahsia): Bagaimana rahsia kita sampai ~ ke pihak musuh? ~ mulut tidak dpt menyimpan rahsia. membocorkan 1 menjadikan bocor atau berlubang: Siapa yg ~ tayar basikalku ini? 2 memberitahukan atau membuka sesuatu rahsia kpd orang lain: Orang yg ~ rahsia kita ini akan menerima balasannya kelak. kebocoran 1 keadaan bocor (ttg sesuatu yg dirahsiakan): Orang yg bertanggungjawab ttg ~ kertas ujian di sekolah itu telah diketahui dan dihukum. 2 memperoleh akibat drpd sesuatu yg bocor; menderita kerana sesuatu yg bocor: Apabila hujan turun, orang itu ~ atap rumahnya dan dia terbangun drpd tidur. pembocoran perbuatan atau hal membocorkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bocor

Peribahasa

Seperti tempayan bocor.

Bermaksud :

Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leakage resistancerintangan bocorTeknikElektrikrintangan pada laluan arus bocor mengalir.
leakage peakpuncak bocorKejuruteraanTiadaPuncak yang terdapat pada lengkung spektrum gama bocor.
earth leakage circuit breakerpemutus litar kebocoran bumiTeknikElektrikPeranti pelindung daripada bahaya arus bocor ke bumi. Peranti ini akan bekerja secara automatik apabila berlaku arus bocor ke bumi melebihi aras selamat sesuatu litar itu. Pemutus litar ini dikendalikan oleh gegelung belantik yang akan mendapat tenaga pada waktu berlaku arus bocor ke bumi. Dua jenis pemutus litar kebocoran ke bumi yang lazim digunakan ialah jenis kendalian arus atau peranti arus baki dan kendalian voltan atau peranti kegagalan voltan. Menurut peraturan I.E.E., pemutus litar kegagalan bumi tidak dibenarkan untuk pemasangan perumahan selepas tahun 1986.
leakage coefficientkoefisien kebocoranHidrogeologiTiadaCiri tetap lapisan penekan yang bocor yang merupakan suatu ukuran kemampuan lapisan itu untuk meneruskan bocoran tegak (Hantush). Koefisien ini dinyatakan sebagai kuantiti air yang mengalir merentasi satu unit luas perbatasan di antara akuifer utama dan lapisan penekannya yang bocor, jika selisih hulu yang merentasi lapisan penekan yang bocor itu satu. Koefisien ini adalah sama dengan ketelapan tegak bahan lapisan penekan dibahagi dengan ketebalan lapisan penekan. (Dimensi: T-1) Ruj.: Jacob, Hantush 1954 Sin.: bocoran
leakbocorFizikTiadaTiada
leakbocorPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
leakbocorKejuruteraanTiadaTiada
leakbocorTeknikElektrik1. Kehilangan cas bateri sekunder apabila arus mengalir dalam litar yang tidak dikehendaki atau ke bumi ketika berlaku kerosakan penebatan di antara pengalir hidup atau neutral dengan bumi. Jika pengguna memegang peralatan yang tidak berbumi, arus akan ke bumi melalui pengguna dan pengguna akan mengalami kejutan elektrik.
leakproofkalis bocorFizikTiadaTiada
membrane leakbocor selaputFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas