Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[boi.kot] | بويکوت

Definisi : ; memboikot enggan berurus dgn (seseorang, organisasi, dll), biasanya utk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yg berkenaan menerima syarat tertentu, memulaukan: dia menyuruh orang ~ kedai-kedai yg menjual barang dgn harga yg mahal; negara itu ~ semua sidang Majlis Keselamatan;pemboikotan perbuatan (tindakan dsb) memboikot, pemulauan: ~ ke atas barang-barang keluaran negara asing;pemboikot orang (syarikat, negeri, dll) yg memboikot, pemulau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[boi.kot] | بويکوت

Definisi : ; memboikot (bersama-sama dgn orang lain dsb) enggan mengadakan sebarang perhubungan dgn orang, negara atau pertubuhan lain; memulaukan. pemboikotan perbuatan memboikot; pemulauan. pemboikot orang atau pihak yg memboikot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boikot


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boycottboikotPerpustakaanTiadaTiada
boycottboikotUndang-undangTiadaPerbuatan memulau sesuatu perkhidmatan, polisi, dasar atau pengeluaran atas alasan-alasan ekonomi atau politik.
boycottboikotSejarahTiadaPerbuatan memulau sesuatu perkhidmatan, polisi, dasar atau pengeluaran atas alasan-alasan ekonomi atau politik.
boycottboikotSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan pemulauan terhadap sesuatu pihak dengan cara enggan mengadakan sebarang urusan, dalam bidang sosial, ekonomi, politik, kebudayaan atau ketenteraan. Pemulauan merupakan satu bentuk hukuman terhadap sesuatu pihak yang telah melanggar atau tidak patuh kepada peraturan sistem antarabangsa. Dari sudut sejarah, istilah tersebut mengambil sempena nama James Boycott seorang bangsawan Ireland. Beliau telah mengenakan dasar penindasan terhadap para pekerja dan penyewa tanahnya. Sebagai tindak balas, para pekerjanya pada semua peringkat memboikot segala urusan dengan beliau. Tindakan ini telah berjaya melumpuhkan urusan James Boycott.
ConfrontationKonfrontasiSains PolitikPolitik PerbandinganPertentangan dua atau lebih pihak terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan sosial, ekonomi atau politik antara pihak tersebut berada dalam konflik. Konfrontasi wujud disebabkan oleh tindakan atau pelaksanaan sesuatu dasar oleh pihak pertama yang dilihat oleh pihak kedua atau ketiga sebagai mengancam kedudukan atau kepentingan mereka. Sebagai tindak balas untuk menggagalkan matlamat pihak pertama, pihak kedua atau ketiga ini mengambil langkah menghalang seperti tindakan ketenteraan, sabotaj atau boikot. Tindakan pihak kedua dan ketiga ini menyebabkan lahirnya suatu keadaan yang tegang antara pihak yang terlibat. Contohnya, Indonesia pernah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia berhubung dengan isu penubuhan Malaysia 1963.
aggressionpencerobohanSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan serangan secara tidak sah dan tidak bermoral oleh sesebuah negara terhadap negara lain. Campur tangan secara tidak sah menurut norma antarabangsa juga dianggap sebagai tindakan pencerobohan. Perlakuan ini biasanya berbentuk tindakan serangan walaupun kadangkala tindakan ini dilakukan atas dasar mempertahankan diri melalui dasar serangan terlebih dahulu. Bentuk pencerobohan boleh terjadi secara langsung umpamanya serangan Jepun terhadap Pearl Harbour pada tahun 1941. Terdapat juga pencerobohan secara tidak langsung seperti tindakan Amerika Syarikat mengintip melalui kapal terbang U2 terhadap Kesatuan Soviet antara tahun 1955 hingga 1960. Selain itu, pencerobohan juga boleh bersifat bukan ketenteraan. Tindakan ekonomi seperti boikot dan embargo turut tergolong dalam kategori pencerobohan terhadap sesuatu negara.

Kembali ke atas