Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.la] | بولا

Definisi : benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dlm permainan atau sukan; ~ air Id sj permainan bola sambil berenang, polo air; ~ biliard sj permainan memukul bola-bola dgn kayu di atas meja; ~ golek sj permainan (judi) dgn bola-bola di atas meja yg memakai lubang-lubang dan nombor-nombor; ~ jaring sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd tujuh orang pemain wanita setiap pasukan; ~ karan sj permainan bola golek yg memakai karan; ~ keranjang sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd lima orang pemain setiap pasukan; ~ kiu bola yg ditonjol dgn kiu (dlm permainan snuker atau biliard); ~ lampu Id bal lampu; ~ sepak sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd 11 orang pemain, biasanya di padang segi empat bujur yg mempunyai tiang gol di kedua-dua hujungnya; ~ sodok (tojok) Id bola biliard; ~ tampar sj permainan antara dua pasukan dgn enam orang pemain setiap pasukan, yg menampar bola melangkaui jaring di tengah gelanggang; ~ tampel Id permainan tenis; ~ tangan sj permainan bola dgn tangan; ~ tangkis sj permainan dgn memukul tangkai bulu tangkis, badminton; ~ tongkat Id sj permainan bola di padang yg dipukul dgn kayu, hoki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.la] | بولا

Definisi : benda berbentuk bulat yg dibuat drpd getah dsb dan digunakan utk bermain: ~ hoki; ~ pingpong. ~ air sj permainan bola sambil berenang dlm air. ~ jaring sj permainan utk wanita yg memerlukan pemain-pemainnya melontarkan bola masuk ke dlm jaring yg disediakan (pemain tidak boleh bergerak dgn membawa bola lebih drpd 1½ langkah). ~ keranjang sj permainan yg memerlukan pemain-pemainnya melontarkan bola ke dlm keranjang yg telah disediakan (pemain boleh membawa bola dgn melantunkannya). ~ sepak sj permainan menyepak bola antara dua pasukan dgn cara dan syarat tertentu dan pemain dikehendaki menyepak bola ke dlm gol lawan. ~ tampar sj permainan memukul bola dgn tangan, di atas gelanggang yg direntangi jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bola