Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd lima orang pemain setiap pasukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj permainan yg memerlukan pemain-pemainnya melontarkan bola ke dlm keranjang yg telah disediakan (pemain boleh membawa bola dgn melantunkannya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bola keranjang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau di gelanggang bola keranjang? Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau gelanggang bola keranjang? Kedua-dua ayat ini adalah daripada 2 ayat tunggal kepada ayat majmuk meggunakan kata hubung 'atau'. Adakah kedua-dua ayat boleh diterima?Jawapan yang lebih tepat: Ahli pengakap akan berkumpul di padang atau di gelanggang bola keranjang?Tatabahasa02.07.2015
Selamat pagi. Saya ingin meminta bantuan daripada pihak dbp untuk menjelaskan persoalan saya di bawah. Peratusan pelajar yang menyertai aktiviti renang / aktiviti berenang di sekolah adalah sebanyak 30 peratus. Yang manakah betul? Aktiviti renang atau aktiviti berenang? Aktiviti bermain bola keranjang atau aktiviti bola keranjang? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah  Peratusan pelajar yang menyertai aktiviti renang/aktiviti bermain bola keranjang di sekolah sebanyak 30 peratus.

Kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan.
Tatabahasa25.07.2017
Soalan saya berkaitan Papan Tanda. Boleh atau tidak Papan Tanda rasmi mengandungi ayat atau tulisan berbahasa CINA (Mandrin atau Kantonis). Jika boleh, bagaimana cara saya untuk dapatkan terjemahan tulisan atau bahasa CINA (Mandrin atau Kantonis) untuk : GELANGGANG BOLA KERANJANG KAMPUNG DESA AMAN.
Untuk makluman tuan, paparan di tempat awam termasuklah iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Mandarin hendak dikekalkan, mesti ada padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Mandarin). Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Lain-lain03.04.2017
Salam sejahtera tuan/puan, saya ada beberapa soalan berkaitan dengan nama acara sukan Paralimpik: 1) Kebanyakan nama bagi acara sukan Paralimpik mempunyai "prefix" para- di hadapan namanya (cth: Paracanoe, Para-badminton, Para taekwondo). Adakah "prefix" tersebut dikekalkan? (sbg imbuhan?) 2) Adakah terjemahan istilah yang berikut betul? - Wheelchair basketball - bola keranjang berkerusi roda - Sitting volleyball - bola tampar duduk - Blind football - bola sepak buta 3) Saya mendapati beberapa akhbar yang menggunakan istilah bahasa Inggeris (cth: goalball, powerlifting, bola sepak 5-a-side), adakah ini bermaksud istilah tersebut tidak mempunyai padanan kata yang sesuai dalam bahasa Melayu?Waalaikumussalam ...
1. Perkataan “Paralympic” berasal dari Yunani,  iaitu perkataan "para" digabungkan dengan perkataan "Olympic". Dalam bahasa Melayu pula, padanan "paralympic" diserap terus menjadi paralimpik mengikut ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu. 


2. Merujuk tatabahasa dalam bahasa Melayu, imbuhan 'para' merujuk kepada kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai seperti para bom, para pelakon, atau para pelajar. Namun dalam penamaan dalam acara paralimpik pula, perkataan para dikekalkan seperti konsep ejaan paralimpik.   


3. Cadangan padanan bagi nama sukan dalam acara paralimpik ialah:
'para canoe' - para kanu,
'para taekwondo' - para tae kwan do 
'para-badminton' -  para badminton.


4. Cadangan padanan bagi istilah yang diberikan, iaitu:
'Wheelchair basketball' - bola keranjang kerusi roda
'sitting volleyball' - bola tampar duduk
'blind football' - bola sepak buta.


5. Jika ingin menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris yang masih belum ada padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai, perkataan seperti "goalball" atau "powerlifting" boleh digunakan dengan mengitalikkan perkataan tersebut atau meletakkan tanda kurungan tetapi jika acara sukan ini merupakan nama khas dalam acara paralimpik tersebut boleh sahaja dikekalkan perkataan tersebut. Jika perkataan bahasa Inggeris seperti  "five-a-side football" boleh sahaja diterjemahkan dalam bahasa Melayu, iaitu bola sepak 5 sebelah
Makna24.08.2021
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih.1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki.
2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57.
3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas.
4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas.
5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan.
6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli.
7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal.

B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci 

C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami.
Tatabahasa23.09.2015

Kembali ke atas