Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bolé)Kl, Tr hampir buta; malam ~ malam buta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bole


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bole gunakan ayat "belok kiri 300 sekitar 300 meter" untuk papan tandaAyat yang boleh digunakan ialah LAGI 300 METER, BELOK KIRILain-lain23.11.2016
saya ada syarikat untuk buad production tulisan jawi tpi sye tak thu nak rujuk pada siapa .. sye ade dgr kt zayan fm utk bole buad semakan jawi .. bole ke sye design tulisan jawi dan sye tnjuk kt kndp utk buad semakan ? or ade sape2 yg sye bole buad rujukan ? sbb sye takut hasil yg sye buad tu silap dan terus berterusan silap sye tuu .. terima kasih ..

Untuk makluman tuan, teks Jawi boleh dirujuk melalui kamus dalam talian yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu prpm.dbp.gov.my. Tuan boleh membuat carian dengan menaip perkataan menggunakan huruf kecil  dan klik perkataan “Cari” dan akan terpapar ejaan dalam Rumi dan Jawi sekali gus.  Contoh: syarikat  [sya.ri.kat] | شريکت. Tuan boleh juga membuat pertanyaan melalui kndbp.gov.my bagi teks yang ringkas. Jika teks yang panjang/banyak halaman perlu mohon semakan dokumen.

 

Ejaan02.09.2021
Salam, Bole sy tahu bagaiman auntuk saya menghantar dokumen lampiran untuk pengesahan bahasa kerana sy tidak menemui tab untuk iklan baru di halaman pengesahan bahasa. diharap pihak tuan dapat membantu sy secepat mungkin. Terima kasihSila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan, masukkan kata laluan yang diperoleh dan klik Daftar Iklan.Lain-lain23.11.2017
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel

Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan  bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah:

Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong  yang telah diadakan pada 2 Februari 2010.

Lain-lain11.02.2010
akum. bole saya dptkan apakah ciri-ciri kesantunan berbahasa?Sdr bolehlah merujuk buku-buku yang berkaitan. Contohnya buku Prof Dr Awang Sariyan, Prof. Asmah Hj Omar dll.Lain-lain06.08.2007
saya tak bole daftar..tak tahu apa masalahBagi menangani masalah teknikal ini, sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/9373.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2017
Abdullah Zawawi Wahab Jul 7th, 1:14pm salam..sy staff majlis perbandaran kota bharu..sy d tugaskan bahagian tulisan jawi..jd kalau bole sy nak th dgn siapa sy bole berhubung jika saya ada kemusykilan tulisan jawi..melayu kpd jawi ok...yg pening english kpd jawiTuan boleh menyemak tulisan Jawi melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my atau jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Khidmat Nasihat Bahasa melalui talian 03-21479400/9500/9600. Tuan juga boleh mengemukakan pertanyaan melalui domain Khidmat Nasihat DBP di laman web kami.Lain-lain07.07.2015
adakah dan juga bole digunakan dalam satu ayat? Contohnya "Sehubungan itu, satu sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus "dan juga" Dialog Perundangan 3R mengenai isu tersebut telah diadakan bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada.Perkataan dan juga boleh digunakan dalam satu ayat. Kamus Dewan Perdana memberikan takrifan dan juga sebagai serta. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana hlmn. 475. Tatabahasa21.11.2023
assalamualaikum bagaimana saya bole dapatkan artikel surat khabar dan majalah yang terdapat dalam laman web dbp?puas mencari tapi tak jumpa. sbb saya pernah terjumpa tetapi dah lupa. tqSila klik pada ruangan DBP Dalam Media untuk mendapatkan artikel surat khabar berkaitan DBP.Lain-lain04.08.2007
apakah maksud pertandingan bola sepak tujuh sebelahPertandingan bole sepak tujuh sebelah merupakan salah satu jenis permain bola sepak.  Sila hubungi pihak yang arif mengenai sukan tersebut seperti  Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut.Tatabahasa30.10.2012
12

Kembali ke atas