Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pesok[pE.s/]kata namalopak, cekung, tidak rata (tanah yang tidak rata, dan lain-lain); begelehok.Kereta tu tak boleh laju pasal jalan tang tu pesok kat sana sini.[k«.ÒE.tA tu tA/ bu.leh lA.dZu pA.sAj dZA.lAn tAN tu pE.s/ kAt sA.nA si.ni]Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini.
inaeh[i.nAEh]kata namabuluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin.Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak.[bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/]Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak.
lom[lom]kata adjektifmasak ranum (bagi buah yang boleh dimakan mentah seperti jambu, gajus dan sebagainya).Buah jambu tu lom dah, awat tak ambek lagi.[bu.wAh dZAm.bu tu lom dAh A.wAt tA/ Am.be/ lA.gi]Buah jambu itu sudah masak ranum, mengapa tidak dipetik lagi.
ruat[Òu.wAt]kata adjektif1. mampu, upaya, berdaya, mampu, boleh, larat.Tok wan dah tua, mana nak ruat jalan jaoh.[to/ wAn dAh tu.wA mA.nA nA/ Òu.wAt dZA.lAn dZAoh]Datuk sudah tua, masakan mampu berjalan jauh.
hayai[hA.jAj]kata adjektifmanis tawar atau masam tawar (yang boleh meloyakan).Teh tu hayai saja, macam mana hang buat?[tEh tu hA.jAj sA.dZA mA.tSAm mA.nA hAN bu.wAt]Teh itu rasa manis tawar, macam mana engkau membuatnya?
ceruat[tS«.Òuâ.wAât]kata namasejenis tumbuhan (herba) yang daun dan bunganya boleh dibuat ulam.   
tegadaeh[t«.gA.dAEh]kata kerjatersepak kaki sendiri (ketika berjalan, berlari, bermain) yang boleh menyebabkannya jatuh.Masa dia dok bejalan, dia tegadaeh kaki pasai dia ralet dok perati kat laen.[mA.sA di.jA do/ b«.dZA.lAn di.jA t«.gA.dAEh kA.ki pA.sAj di.jA ÒA.l«t do/ p«.ÒA.ti kAt lAen]Semasa berjalan, dia tersepak kakinya sendiri kerana asyik melihat ke arah lain.
rusam[Òu.sAm]kata namasejenis alat (batang atau pegangannya daripada kayu atau kayu yang boleh berputar) untuk mengajar anak-anak kecil berjalan.Dulu depa pakai rusam nak ajaq anak depa bejalan.[du.lu dE.pA pA.kAj Òu.sAm nA/ A.jA)Ö A.nA/ dE.pA b«.dZA.lAn]Dahulu ibu bapa menggunakan rusam untuk melatih anak-anak mereka berjalan.
celong[tS«.loN]kata nama1. kandang yang sempit untuk menempatkan kanak-kanak yang belum boleh berjalan. Pada masa ini, alat ini dipasang roda untuk membolehkan kanak-kanak berjalan.Jangan biaq lama sangat adek dalam celong tu, nanti lengoh.[dZA.NAn bi.jAâÖ lA.mA sA.NAt A.de/ dA.lAm tS«.loN tu nAn.ti l«.Nh]Jangan dibiarkan adik terlalu lama di dalam celung itu, nanti dia keletihan.
terentat[t«.Ò«n.tAt]kata adjektifberkenaan tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain yang tidak boleh menjadi besar, berbantut, terganggu dan lain-lain.Pokok derian tu terentat pasai tak cukop bagi baja.[p.k/ d«.Òi.jAn tu t«.Ò«n.tAt pA.sAj tA/ tSu.kop bA.gi bA.dZA]Pokok durian itu tidak membesar dengan sempurna kerana tidak diberi baja yang cukup.
12345

Kembali ke atas