Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ujian kebolehbahagiandivisibility testUjian untuk mengetahui sama ada satu nombor boleh dibahagikan secara tepat dengan nombor lain. Contohnya, 336 boleh dibahagi dengan 3 kerana 3 + 3 + 6 =12 dan 12 boleh dibahagi dengan 3, maka 336 boleh dibahagi dengan 3.Menengah Atas
boleh bahagidivisiblePerihal satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan satu nombor yang lain tanpa baki.Menengah Atas
boleh bahagidivisiblePerihal satu nombor yang boleh dibahagi secara tepat dengan satu nombor yang lain tanpa baki.Menengah Rendah
pilih aturpermutationTertib semua susunan yang boleh dibuat bagi satu kumpulan objek. Contohnya, objek A, B dan C boleh disusun mengikut pilih atur yang berbeza, iaitu ABC, ACB, BAC, BCA, CAB, CBA.Menengah Atas
dividendividendNombor yang boleh dibahagi dengan nombor yang lain. Contohnya, 8 ÷ 4 = 2. Oleh itu, 8 merupakan dividen.Menengah Atas
pembahagidivisorNombor yang boleh membahagi tepat nombor bulat yang lain. Lihat ContohMenengah Rendah
gandaanmultipleNombor yang boleh dibahagikan dengan tepat oleh satu nombor yang lain. Contohnya, 10, 15, 20, ... merupakan gandaan bagi 5.Menengah Rendah
muatancapacityJumlah maksimum yang boleh dimasukkan atau dikandung oleh sesuatu bekas.Menengah Rendah
persamaan kuadratikquadratic equationPersamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2.Menengah Atas
nombor genapeven numberInteger yang boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, − 4, −2, 0, 2, 4, ...Menengah Atas
12345

Kembali ke atas