Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
photochromism  Transformasi boleh balik antara dua spesies kimia yang menyerap pancaran elektromagnet pada spektrum penyerapan yang berbeza. Hal ini boleh dijelaskan sebagai perubahan warna boleh berbalik apabila terdedah kepada cahaya.
plastic electronic device  Alat elektronik yang bahan aktifnya terdiri daripada plastik, termasuk bahan polimer pengkonduksi. Peranti ini boleh lentur dan ringan serta dapat difabrikasi dengan kos yang rendah berbanding dengan peranti elektronik tradisi yang difabrikasi daripada bahan semikonduktor bukan organik. Contohnya, sel suria plastik yang difabrikasi pada permukaan bersaiz besar dan boleh gulung.
implantable sensor  Peranti penderia yang dapat ditanam di dalam badan. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, penderia pendengaran yang dimasukkan ke dalam koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
implantable medical device  Alat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
dielectric  Penebat elektrik yang boleh terkutub apabila dikenakan medan elektrik. Apabila bahan dielektrik diletakkan dalam medan elektrik, cas elektrik tidak mengalir melalui bahan tesebut tetapi hanya teranjak sedikit daripada kedudukan keseimbangan purata menyebabkan pengutuban dielektrik.
thermal stress  Tegasan yang berlaku pada bahan apabila berlaku perubahan suhu. Tegasan ini boleh menghasilkan keretakan atau kecacatan bahan.
molecular spectroscopy  Kajian garis spektrum yang tercerap semasa pengujaan dan nyahujaan molekul. Spektra molekul boleh dikategorikan sebagai spektra putaran, spektra getaran dan spektra elektronik.
nucleation  Permulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur.
scanning near-field optical microscope (SNOM)  Alat yang digunakan untuk mengkaji nanostruktur yang boleh mengatasi had resolusi medan jauh dengan mengeksploitasi sifat-sifat gelombang evanesant.
Fresnel equation  Persamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran
12

Kembali ke atas