Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Boleh Pun!Penerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada1995 
Boleh saya tolong anda ? : Pengenalan Konsep Pembimbing Rakan Sebaya dan Program LatihannyaTimes Books International for the Malaysian BranchTiada19889971 65 473 3
Boleh saya tolong anda?Times Books InternationalTiada1988 
Kalau boleh kulupakanTimur PressTiada[19??] 
Saya boleh buat sendiriDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-0009-9
Melayu boleh berubah Tiada2008978-983-43968-6-2
Anda Boleh BerjayaSyarikat S. Abdul MajeedTiada1995983-9550-68-3
Saya BolehThinker's LibraryTiada1998967-69-0278-2
Aku boleh!Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4681-9
Anda Boleh Berjaya Tiada1999 
1234

Kembali ke atas