Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
reostatrheostatPerintang boleh ubah yang boleh dilaraskan untuk mengawal arus elektrik mengalir melaluinya.Menengah Rendah
boleh tempamalleablePerihal sifat bahan pepejal seperti logam yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis.Menengah Rendah
boleh tempamalleableSifat bahan pepejal seperti aloi yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis.Menengah Atas
boleh larutsolublePerihal bahan pepejal yang boleh larut dalam pelarut seperti air.Menengah Rendah
boleh larutsolubleSifat bahan pepejal yang boleh meresap dan sebati dengan pelarut, terutamanya air.Sekolah Rendah
perintang boleh ubahvariable resistorPerintang yang boleh mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektrik. Contohnya, penggunaan pada alat ubah bunyi radio atau televisyen.Menengah Rendah
sumber tenaga boleh diperbaharuirenewable energy sourceSumber tenaga yang boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, tenaga suria, angin dan air.Sekolah Rendah
sumber tenaga tak boleh dibaharuinon-renewable energy sourcesSumber tenaga yang tidak boleh dijana semula atau diperbaharui kerana bekalan yang terhad atau penjanaan semula tenaga tersebut adalah mustahil.Menengah Rendah
sumber tenaga tidak boleh diperbaharuinon-renewable energy sourceSumber tenaga yang tidak boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, petroleum dan arang batu. Lihat RajahSekolah Rendah
detergendetergentAgen pembersih yang boleh mengurangkan tegangan permukaan air, meningkatkan pembasahan, pengemulsian, penyerakan dan boleh berfungsi dalam air liat.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas