Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
meong[mEN]kata adjektif1. mudah merajuk.Tak boleh togo siket, meong la deh.[tA/ b.leh to.go si.ket mEN lA dEh]Tak boleh tegur sedikit, merajuklah dia.
lolotup[l.l.tup]kata namasejenis bedil yang diperbuat daripada buluh untuk permainan kanak-kanak.Buah condorai boleh dibuek poluru lolotup.[bu.wAh tSn.d.ÄAj b.lEh di.bu.wE/ p.lu.Äu l.l.tup]Buah cenderai boleh dijadikan peluru leletup.
ralau[ÄA.lAw]kata adjektifrabun, kabur.Ae aka kundang, boleh jadi ubek mato yang ralau.[AE A.kA kun.dAN bu.lEh dZA.di u.bE/ mA.t jAN ÄA.lAw]Air akar kundang, boleh jadi ubat mata yang rabun.
konak[k.nA/]kata kerjamemacakkan tiang untuk membuat maling-maling.Konakan kayu tu kek topi rumah, boleh pasang maleng.[k.nA/.An kA.ju tu kE/ t.pi Äu.mAh b.leh pA.sAN mA.leN]Pacakkan kayu itu di tepi rumah, boleh pasang maling.
diulumbai[di.u.lum.bAj]kata kerjadihasut.Dio tu, tak boleh nengok orang sonang, diulumbainyo orang tu, hinggo pocah bolah.[di.j tu tA/ b.leh nE.N/ .ÄAN s.nAN di.u.lum.bAj.ø .ÄAN tu hiN.g p.tSAh b.lAh]Dia itu, tidak boleh menengok orang senang, dihasutnya orang itu, hingga pecah belah.
pengado[p«.NA.d]kata namakayu bersegi tiga yang dipasang pada leher binatang.Kambeng jantan yang jahat tu dilokean pengado, baru tak boleh masuk paga lai.[kAm.beN dZAn.tAn jAN dZjA.hAt tu di.l.kE/.An p«.NA.d bA.ÄutA/ bu.lEh mA.s/ pA.gA lAi:]Kambing jantan yang jahat itu diletakkan pengado, tidak boleh masuk pagar lagi.
lopu[l.pu]kata namasejenis pokok renek (pucuknya boleh dimakan) rupanya seperti pokok cemperai.   
lunu[lu.nu]kata namaisi buah langsat, rambutan dan lain-lain.Lunu moktan tak toba tak laku dijua.[lu.nu mo/.tAn tA/ t.bA tA/ lA.ku di.dZuA]Isi rambutan itu tidak tebal tidak boleh dijual.
momburan[mm.bu.ÄAn]kata kerjabuang air besar.Dio pantang nengok jamban, mulolah nak momburan.[di.j pAn.tAN nE.N/ dZAm.bAn mu.l.lAh nA/ mm.bu.ÄAn]Dia tidak boleh melihat tandas, mulalah hendak buang air besar.
ebe[E.bE]kata adjektifcuai.Kau ni ebe bona, jago budak pon tak buleh.[kAw ni E.bE b.nA dZA.g bu.dA/ pon tA/ bu.lEh]Kau ini cuai benar, jaga budak pun tidak boleh.
12

Kembali ke atas