Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mengelakkan kaedah penyahihan biasa pengguna. Atur cara ini memberikan laluan melalui port rangkaian pada hos yang dijangkiti untuk dicapai apabila diperlukan. Contohnya, perisian Back Orifice merupakan perisian pintu belakang yang boleh dipasang oleh pengguna hasad untuk memberikannya kawalan jarak jauh dan capaian kepada sistem komputer dengan hak pentadbir sistem. Perisian Back Orifice ini diklasifikasikan sebagai kod hasad dan boleh dikesan oleh kebanyakan antivirus. Sinonim pintu jebak. pintu jebak (Ig. trap door; Br. pintu jebak; Id. pintu jebakan) Lihat pintu belakang. 4. Istilah-istilah yang ditakrifkan dalam kamus ini, sama

Kembali ke atas